Alif Satar memperkenalkan inisiatif sebagai satu pembakar bakar semangat untuk anak muda beramai-ramai mengimarahkan masjid pada waktu Subuh dan inisiatif #gengsubuhmacamjumaat sudah mencetuskan fenomena.
Nampaknya, inisiatif ini bukan sahaja menerima sambutan baik dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi sudah mula diikuti negara jiran, Singapura.
Baca Juga:
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
Menerusi satu perkongsian oleh penyanyi dari Singapura, Taufik Batisah memaparkan dirinya melaungkan azan untuk kempen terbabit yang dianjurkan oleh syarikat Al Fajr di Masjid Mujahidin.
Perkongsiaan tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terpesona dengan suara merdu Taufik ketika melaungkan azan.
Menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat Taufik teruja untuk sertai lagi kempen ini dan Alif Satar turut meninggalkan komen berharap satu hari dirinya turut dapat bersama-sama dengan warga Singapura untuk solat subuh bersama.