Mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029 telah diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.

Mesyuarat julung kali kali diadakan selepas kongres kali ke-61 tempoh hari telah dipengerusikan oleh Presiden FAM yang baharu, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dan dihadiri oleh kesemua baki 16 orang Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM lain.

Baca Juga:

Pada mesyuarat pertama itu, Datuk Joehari telah mengumumkan nama pengerusi dan timbalan pengerusi bagi setiap jawatankuasa tetap dan jawatankuasa ad-hoc bagi penggal baharu 2025-2029.

Datuk Joehari turut mengumumkan Datuk Noor Azman Hj Rahman kekal sebagai Setiausaha Agung FAM manakala Dato’ Haji Ismail Karim kekal sebagai Bendahari FAM.

Berikut merupakan senarai penuh pengerusi dan timbalan pengerusi bagi setiap jawatankuasa tetap dan jawatankuasa ad-hoc:

Jawatankuasa Tetap FAM

1. Jawatankuasa Darurat

Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub

Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi

2. Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan

Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub

Timbalan Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai

3. Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan

Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub

Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi

4. Jawatankuasa Pertandingan

Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi

Timbalan Pengerusi: Dato’ Zainal Abidin Hassan

5. Jawatankuasa Undang-undang

Pengerusi: Saaran A/L Nadarajah

Timbalan Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob

6. Jawatankuasa Pengadil

Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai

Timbalan Pengerusi: Tang Chee Hong

7. Jawatankuasa Bola Sepak Wanita

Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob

Timbalan Pengerusi: Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah

8. Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai

Pengerusi: Datuk Seri Hj. Rosmadi Ismail

Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

9. Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan

Pengerusi: Tang Chee Hong

Timbalan Pengerusi: Datuk Dr. Sugumaran A/L Parthasarathy

10. Jawatankuasa Status

Pengerusi: Saaran A/L Nadarajah

Timbalan Pengerusi: Mohd Azizudin Mohd Shariff

11. Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam

Pengerusi: Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin

Timbalan Pengerusi: YB Haji Hishamuddin Abdul Karim

12. Jawatankuasa Keselamatan

Pengerusi: CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM)

Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hj. Hassan

13. Jawatankuasa Integriti

Pengerusi: Tan Sri Dato’ Seri Dr Aseh Che Mat

Timbalan Pengerusi: Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki

14. Jawatankuasa Tiket dan Stadium

Pengerusi: Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin

Timbalan Pengerusi: Dato’ Haji Ismail Karim

15. Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan

Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai

Timbalan Pengerusi: Dato’ Dollah Salleh

16. Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan

Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

Timbalan Pengerusi: CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri

 

Jawatankuasa Ad-Hoc FAM

1. Jawatankuasa Hubungan dan Pembangunan Ahli Gabungan

Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi

Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hj. Hassan

2. Jawatankuasa Infrastruktur

Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub

Timbalan Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai