Datuk Joehari Mohd. Ayub dijangka menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal bagi mengisi jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Proses untuk menghantar borang pencalonan bagi Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM penggal 2025-2029 telah ditutup pada 16 Januari lalu.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Sejurus berakhir tempoh untuk menghantar borang pencalonan, Jawatankuasa Pemilihan FAM terus mengadakan mesyuarat bagi membuka dan menyemak borang-borang tersebut.

“Jawatankuasa Pemilihan FAM merupakan badan bebas yang dipengerusikan oleh Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said dan dianggotai oleh tiga ahli jawatankuasa iaitu Datuk Ab Jalil Abdullah, Salleh Ramli dan Fong Wan Hor.

“Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2025-2029 akan diadakan pada Kongres FAM Ke-61 yang dijadual berlangsung di Subang Jaya, Selangor pada 15 Februari depan,” dipetik kenyataan tersebut.

Datuk Joehari Mohd. Ayub menjadi calon tunggal selepas tiada pencabar lain yang memiliki pencalonan yang mencukupi. Namun, sehingga artikel ini ditulis, tiada pengesahan rasmi dari FAM mengenai perkara ini.

Dalam Jawatankuasa Eksekutif penggal sebelum ini, Joehari memegang jawatan sebagai naib presiden bersama tiga lagi iaitu Datuk Seri Rosmadi Ismail, Mohd Firdaus Mohamed dan Dato’ Posa Majais.

Sebelum ini, kem yang bakal dipimpin oleh Joehari bagi penggal yang akan datang tertiris di media sosial dimana beliau akan dibantu oleh muka lama dan juga muka baharu.

FAM
FAM

Dalam senarai di atas, terdapat dua bekas pemain serta jurulatih berpengalaman negara iaitu Datuk Dollah salleh yang dilaporkan bakal bertanding jawatan Naib Presiden dan Datuk Zainal Abidin Hassan yang mahu bertanding bagi merebut posisi sebagai exco.