Senarai calon yang dilaporkan berminat untuk bertanding bagi merebut jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah tertiris dimana dalam senarai itu terdapat muka lama dan muka baharu yang mahu mengisi jawatan dalam badan induk bola sepak tanah air.

Kongres pemilihan FAM dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan bagi memilih tampuk kepimpinan baharu selepas Tan Sri Hamidin Mohd Amin tidak akan mempertahankan posisinya sebagai presiden.

Baca Juga:

FAM
FAM

Dalam senarai di atas, terdapat dua bekas pemain serta jurulatih berpengalaman negara iaitu Datuk Dollah salleh yang dilaporkan bakal bertanding jawatan Naib Presiden dan Datuk Zainal Abidin Hassan yang mahu bertanding bagi merebut posisi sebagai exco.

Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub yang sebelum ini mengisi jawatan sebagai naib presiden akan bertanding untuk jawatan Presiden FAM dan dua lagi nama iaitu Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Dato’ Sivasundaram bakal bertanding jawatan sebagai Timbalan Presiden.

Sehingga artikel ini ditulis, hanya Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub satu-satunya calon yang mahu merebut jawatan sebagai presiden namun calon lain masih mempunyai masa sebelum kongres dijalankan untuk menghantar permohonan mereka.

Seorang tokoh korporat yang pernah bekerja dalam badan tersebut iaitu Sayf Ismail kemudiannya secara terbuka menyuarakan minatnya untuk menerajui badan bola sepak negara.

Menerusi laman media sosial X miliknya, Sayf kemudiannya menyenaraikan manifesto yang telah dirangka sekiranya beliau dipilih sebagai pengganti kepada Tan Sri Hamidin. Anda boleh baca manifesto beliau di sini.