Saingan Piala Futsal Malaysia 2024 bakal memasuki aksi separuh akhir pada hujung minggu ini apabila keempat-empat slot pasukan sudah diketahui.

Juara bertahan, Pahang Rangers terpaksa beraksi hingga ke masa tambahan pada suku akhir kedua di Kuantan semalam untuk menundukkan naib juara Divisyen 2 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Kedah 9-6 menerusi agregat.

Baca Juga:

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Luis Fonseca Cilleros bakal menempah pertemuan menentang naib juara MPFL musim ini iaitu Selangor.

Selangor yang beraksi menentang Gombak TOT United tidak berdepan masalah untuk mara dengan agregat 12-6 dimana mereka menang 7-2 pada aksi kedua di Shah Alam, kelmarin.

Skuad himpunan bintang yang merupakan juara liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) pula tidak berdepan masalah untuk menewaskan Sabah menerusi agregat 11-5.

Menanti skuad Harimau Selatan di suku akhir ialah KL City yang mencipta kejutan terbesar menewaskan Shah Alam City 8-7.

Ia jelas merupakan tamparan hebat buat Shah Alam City yang menduduki tangga keempat saingan liga musim ini kerana KL City hadir dalam Piala Futsal Malaysia dengan rekod tanpa mengutip sebarang mata ketika kempen liga.

Ia merupakan sejarah buat KL City yang mara ke separuh akhir buat pertama kali sejak kejohanan ini mula dipertandingkan pada musim 2022.

Berikut merupakan informasi penuh separuh akhir Piala Futsal Malaysia 2024:

Separuh Akhir pertama 

1) KL City FC lawan Johor Darul Ta’zim

Ortuseight Arena, Kampung Baru

Sabtu, 21 September atau Ahad, 22 September

2) Pahang Rangers FC  lawan  Selangor FC

Kompleks SUKPA, Kuantan

Sabtu, 21 September atau Ahad, 22 September

Separuh akhir kedua

1) Johor Darul Ta’zim lawan KL City

Stadium Bandaraya Pasir Gudang

2) Selangor lawan Pahang

Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam

(Sabtu, 28 September 2024 atau Ahad, 29 September)