Berbeza dengan tahun-tahun yang lalu, tahun ini rakyat Malaysia dilihat sangat menyokong jenama produk tempatan dan Zus Coffee antara yang terkena tempiasnya.
Menerusi satu perkongsian seorang pengguna di X, beliau berkongsi gambar satu cawangan Zus Coffee di mana pekerjanya bertungkus lumus untuk menyiapkan pesanan daripada pelanggan.
Baca Juga:
- Bukan Imej Dewa Zeus, Ini Sebenarnya Lelaki Di Sebalik Logo Zus Coffee
- Kreatif Dan Memartabatkan Malaysia, Video Iklan Terbaharu ZUS Coffee Buat Netizen Kagum
- Gara-Gara Disalah Erti, US Pizza Berhasrat Tukar Nama Kepada ‘Kita Pizza’
Pengguna tesebut turut memberi nasihat supaya elak ke Zus ketika waktu puncak terutamanya waktu moreh kerana pesanan mungkin akan ambil masa untuk disiapkan.
Seorang pengguna X turut berkongsi sebab mengapa Zus Coffee sentiasa menjadi pilihan orang ramai ketika ini. “Mana taknya, Zus banyak gila promo ‘tak masuk akal’. Itu hari time moreh all drinks rm6.60. Diaorang memang nak tapau market share sementara jenama luar kena boikot all out,” tulisnya.
Sehubungan dengan itu, ramai pengguna X mencadangkan supaya para staf Zus Coffee diberi bonus khas untuk kerja keras mereka sepanjang Ramadan ini.
I hope @ZUSCoffee gives a huge bonus to your staffs because they deserve it. This is the scene in every Zus outlet during Ramadan. https://t.co/Lbazch8FEe
— Abah (@chairmanGLC) March 30, 2024
AFTER RAYA MOHON @ZUSCoffee UMUM BONUS RAYA UNTUK SEMUA ZURISTA!!!! π₯π₯π₯π₯π₯π₯
RT TANDA SETUJU!!!!!!!! https://t.co/6KnKkt4RGP
— pudyn zayn (@pudynzayn) March 30, 2024
Hopefully all crews dpt fair raise/bonus they deserve. Long queue anywhere i pg zus in kl. kalo tk dpt expose je we cn move to other brands π
— π meelo π ππΈπ©Ψ³ΩΩ ΨͺΩ Ψ± ΩΨ°Ω Ψ§ΩΨΉΨ§Ψ΅ΩΨ©ππ» (@ohmeelo) March 30, 2024
Ia juga sejajar dengan penambahan jumlah pesanan dibuat pelanggan terutamanya di bulan puasa.
“Ada satu hari aku tengah duduk dalam kereta, tunggu isteri beli barang dapur. Jadi orderlah air Zus. Lepas wife masuk kereta terus gerak Ke Zus, Masha Allah. Nombor giliran aku lagi ada 50 orang di depan ya. Order air satu sahaja tetapi waiting time 1 jam 10 minit,” cerita seorang pengguna.
Semoga ada sinar buat para staf Zus Coffee. Bila ada bonus, lagi semangat mereka bekerja nanti. Semoga dipermudah!