Kerajaan Sepanyol kini merancang untuk memboikot Piala Dunia 2026, jika Israel layak dan beraksi dalam kejohanan itu.
Ahli politik dari kumpulan Sosialis, Patxi Lopez bercakap di Kongres, menyatakan bahawa, ianya adalah cara terbaik Sepanyol menunjukkan kepada dunia pendirian mereka tentang isu kemanusiaan.
Pendirian kerajaan Sepanyol kini semakin jelas bahawa, negara itu tidak menyokong sama sekali apa yang sedang dilakukan Israel di Gaza yang dianggap sebagai jenayah genosid.
Jurucakap parti Sosialis bertekad akan menyampaikan perkara itu kepada RFEF (FA Sepanyol) agar pasukan kebangsaan negara itu tidak bermain di dalam Piala Dunia yang ada Israel.
Parti Sosialis Sepanyol (PSOE) adalah kerajaan sekarang di Sepanyol dalam kerajaan campuran.
Buat masa ini Sosialis menyatakan mengambil pendekatan tunggu dan lihat keadaan di pusingan kelayakan. Di mana Israel masih lagi berada di tempat ketiga dalam kumpulan kelayakan yang turut dihuni Norway dan Itali.
Tetapi Israel terikat mata dengan pasukan di tangga kedua, Itali dengan 9 mata selepas 5 perlawanan. Jika Israel gagal layak ke Piala Dunia 2026, pihak Sosialis tidak ada sebarang masalah untuk melihat negara mereka bertanding.
Namun jika Israel layak, mereka mendesak tindakan boikot.
Ini kerana FIFA dilihat pilih kasih dalam isu ini. FIFA dan UEFA sebelum ini dengan pantas menggantung dan mengharamkan Rusia daripada mana mana pertandingan Piala Dunia dan Euro, kerana jenayah kemanusiaan di Ukraine.
💥Patxi López, sobre la presencia de España en el Mundial de fútbol en el caso de que se clasifique Israel
🗣️"Ya lo valoraremos" https://t.co/rb0e8sd3rC
— Tiempo de Juego (@tjcope) September 16, 2025
Namun masih tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Israel. Sosialis Sepanyol bukan satu satunya organisasi yang menyuarakan ketidakpuasan hati ke atas FIFA.
Sebelum ini Persatuan Jurulatih Itali juga mempersoalkan kenapa Israel tidak diharamkan daripada Kelayakan Piala Dunia?
Patxi Lopez dengan nada tegas berkata: “Apa yang kita nak buat? Kita akan tengok nanti.”