Kerajaan Sepanyol mengambil langkah tegas apabila secara rasmi menarik balik dutanya dari Israel, sebagai tanda bantahan terhadap perang yang melibatkan Iran serta tindakan ketenteraan Israel di Gaza Strip.
Keputusan itu dilihat sebagai satu mesej diplomatik yang kuat daripada Madrid bahawa mereka tidak akan berdiam diri terhadap konflik yang semakin memusnahkan Timur Tengah.
Menurut laporan media antarabangsa, Sepanyol memutuskan untuk menamatkan peranan dutanya di Tel Aviv dan kini kedutaan negara itu hanya akan dikendalikan oleh seorang chargé d’affaires, sekali gus menandakan keretakan yang makin serius hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Duta Ana Maria Salomon Perez dah ditamatkan jawatannya daripada kedutaan di Tel Aviv.
Sekarang pejabat kedutaan mereka di sana hanya dikendalikan oleh charge d’affaires (bukan duta penuh).
Ini adalah isyarat jelas bahawa Madrid benar benar sudah menyampah dengan Tel Aviv yang berterusan melakukan jenayah kemanusiaan.
Ini terutama sekali ketegangan sekian lama di Gaza dan serangan AS-Israel ke atas Iran baru-baru ni.
Sepanyol konsisten menentang perang
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Pedro Sanchez sejak awal lagi lantang menentang serangan ketenteraan terhadap Iran dan tindakan Israel di Gaza.
Malah sebelum ini mereka melarang pangkalan tentera mereka yang dianggap sangat strategik untuk menyerang Iran, daripada digunakan AS-Israel.
Selain itu Sepanyol turut menyekat beberapa penghantaran senjata berkaitan Israel melalui pelabuhan mereka.
Sepanyol turut lantang mengkritik keras serangan yang menyebabkan korban besar orang awam di Gaza. Dan kini di Iran.
Langkah menarik balik duta ini dianggap lanjutan daripada dasar luar Sepanyol yang menolak penyelesaian melalui peperangan dan menuntut pematuhan kepada undang-undang antarabangsa.
Tekanan diplomatik terhadap Israel semakin meningkat
Hubungan antara Sepanyol dan Israel sebenarnya sudah lama tegang sejak Madrid mengiktiraf negara Palestine dan mengkritik operasi ketenteraan Israel di Gaza.
Keputusan terbaru ini menjadikan Sepanyol antara negara Eropah yang paling tegas dalam mengkritik tindakan Israel, terutama ketika konflik di Timur Tengah semakin meluas melibatkan Iran dan sekutunya.
Bagi ramai pemerhati antarabangsa, tindakan Madrid ini memberi isyarat jelas bahawa sebahagian negara Eropah mula mengambil pendirian lebih berani terhadap konflik yang telah mengorbankan ribuan nyawa orang awam.