Pernah tak anda singgah di stesen minyak dan berharap ada cara lebih mudah untuk mengaktifkan pam tanpa perlu turun kereta untuk tap kad (dan cucuk kad pengenalan) pada terminal atau menekan terlalu banyak butang pada telefon?

Kini, Setel memperkenalkan ciri Voice Fuelling yang membolehkan pengguna memilih nombor pam menggunakan arahan suara.

Kami antara pengguna yang berpeluang mencuba sendiri ciri baharu ini untuk melihat bagaimana ia berfungsi dan sejauh mana ia dapat memudahkan urusan mengisi minyak.

Sejauh mana keberkesanannya?

Ciri baharu ini menawarkan alternatif kepada kaedah pengaktifan pam menerusi aplikasi, sekali gus menjadikan urusan mengisi minyak lebih mudah dan praktikal.

Caranya juga cukup ringkas. Anda hanya perlu menyebut nombor pam yang ingin digunakan sebelum mengesahkannya dalam aplikasi Setel.

Sebut Nombor Pam, Kemudian sistem Setel akan buat semuanya

Untuk menggunakan Voice Fuelling, buka aplikasi Setel dan pilih banner “Say pump number…” yang dipaparkan pada halaman utama.

Kemudian, sebut nombor pam tempat kereta anda diletakkan. Aplikasi akan memproses arahan suara tersebut dan memaparkan nombor pam untuk pengesahan.

Selepas memastikan nombor yang dipaparkan adalah betul, anda boleh meneruskan proses mengisi minyak seperti biasa. Mudah kan?

Bagaimanapun, pastikan ciri One-tap Fuelling sudah diaktifkan terlebih dahulu bagi menggunakan fungsi ini.

Menyokong Empat Bahasa

Satu lagi perkara menarik tentang Voice Fuelling ialah sokongan untuk empat bahasa, iaitu Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Ini membolehkan pengguna memberikan arahan menggunakan bahasa yang lebih selesa bagi mereka, sekali gus menjadikan pengalaman menggunakan aplikasi lebih mesra pengguna.

Kami telah cuba buka ‘pam tiga’ di stesen Petronas dan ya, Setel boleh kesan perkataan bila kita sebut Tiga (tiga dalam slanga Kuala Lumpur pun lepas!), san dalam Mandarin dan moondru dalam bahasa Tamil.

Cara Mengaktifkan Voice Fuelling

Jika anda ingin mencuba ciri ini, ikuti beberapa langkah mudah berikut:

– Buka aplikasi Setel dan pastikan ciri One-tap Fuelling sudah diaktifkan.
– Berikan kebenaran akses mikrofon sekiranya diminta oleh aplikasi.
– Apabila berada di stesen PETRONAS yang menyokong ciri ini, pilih banner “Say pump number…”.
– Sebut nombor pam yang ingin digunakan.
– Semak dan sahkan nombor pam sebelum meneruskan proses mengisi minyak.
– Selepas selesai, anda boleh meneruskan urusan mengisi minyak seperti biasa.

Satu Lagi Cara Untuk Memudahkan Urusan Mengisi Minyak

Kadangkala, kemudahan kecil seperti ini boleh menjadikan rutin harian lebih mudah. Dengan Voice Fuelling, pengguna mempunyai pilihan untuk berinteraksi dengan aplikasi menggunakan suara, selain kaedah sentuhan pada skrin.

Walaupun fungsinya nampak ringkas, ciri ini menarik untuk dicuba, terutama bagi pengguna yang mahukan pengalaman mengisi minyak yang lebih mudah dan lancar.

Ciri ini sudah tersedia kepada semua pengguna Setel. Jadi, selepas ini buka sahaja aplikasi Setel, sebut pam dan terus isi minyak.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Setel di sini.