Kalau anda tengok rider Grab melintas tengah panas terik, pernah tak anda fikir, macam mana mereka kekal cergas?
Haa, sebab itulah 100PLUS datang dengan kerjasama epik bersama Grab untuk jaga komuniti frontliner jalanan kita!
Misi 100PLUS x Grab: Hidratkan Frontliner Jalanan!
100PLUS, jenama minuman isotonik nombor satu di Malaysia, kini mencipta sejarah sebagai jenama pertama yang fokus kepada komuniti Pemandu dan Rider Grab.
Misi mereka? Nak pastikan hero jalanan ini kekal segar dan bertenaga walaupun bekerja dalam cuaca mencabar.
Apa yang menarik tentang kerjasama ni?
Pengagihan Ribuan Sampel: Ribuan tin 100PLUS diagihkan di Grab Driver Center untuk Pemandu dan Rider.
Kempen Kesedaran: Pentingnya kekal hidrat untuk kekal cergas sepanjang hari.
Pengumuman Meluas: Mesej ini disampaikan melalui Facebook khas untuk komuniti Grab, notifikasi dalam aplikasi Grab, dan e-mel EDM khas kepada seluruh komuniti Pemandu dan Rider Grab.
Ini bukan sekadar inisiatif, tetapi tanda penghargaan kepada mereka yang tak kenal penat demi memberikan perkhidmatan terbaik.
Jadi, kalau nampak pemandu dan rider Grab lepas ni, ingatlah mereka ada tenaga 100PLUS yang buat mereka kekal bersemangat!