Skuad Malaysia kendalian Peter Cklamovski akan turun beraksi menentang Vietnam dalam aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 pada jam 8.00 malam ini.
Meskipun harapan untuk mara hancur susulan hukuman diterima melibatkan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan, perlawanan di Stadium Thien Truong, Nam Dinh itu bakal menjadi pentas buat skuad Harimau Malaya merawat luka besar dialami.

Malah ia juga boleh diibaratkan sebagai penebus kepada maruah yang tercalar teruk dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 ini.
Hanya kemenangan akan mengembalikan keyakinan serta mampu melonjakkan kembali ranking skuad negara yang menjunam akibat hukuman demi hukuman diterima melibatkan keputusan perlawanan sebelum ini.

Perlawanan Terakhir Kelayakan Piala Asia 2027
Vietnam lawan Malaysia
Sepak mula: 8:00 malam, 31 Mac 2026 (Selasa)
Tempat: Stadium Thien Truong, Nam Dinh
Siaran Langsung: RTM TV Okey, Sukan TV RTM, Astro Arena 801, Astro Arena 803
Bagi yang tidak melanggan saluran Astro, anda tidak perlu risau kerana perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung di TM TV Okey dan Sukan TV RTM.
Jika tidak dapat menyaksikan di kaca televisyen, anda boleh melayari RTMKlik! bagi kedua-dua saluran tersebut.
Manakala seperti kebiasaan, Astro akan tetap menyiarkan siaran langsung di Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803.