Skuad kebangsaan Malaysia akan turun menentang Singapura dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 9.00 malam ini.

Ia merupakan perlawanan pertama bakal dihadapi anak-anak buah Peter Cklamovski dalam kalendar antarabangsa FIFA kali ini dimana kemudiannya akan berhadapan dengan Palestin.

Baca Juga:

Info Siaran Langsung Malaysia vs Singapura

Malaysia lawan Singapura
Sepak mula: 9:00 malam, 4 September 2025 (Khamis)
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Siaran Langsung: Astro Arena (802), Astro Arena Bola (803) & TVS

Astro Arena bukan merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang bakal menyiarkan siaran langsung aksi ‘Derbi Seberang Tambak’ ini, malah ia boleh ditonton di saluran 122 TVS.

Sehubungan dengan itu untuk menyaksikan di laptop, komputer dan telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go, Sooka dan laman sesawang rasmi TVS untuk menyaksikan secara ‘Live Streaming’.

Malaysia yang membelasah Vietnam 4-0 pada aksi kedua Kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun lalu pastinya mahu rentak cemerlang itu diteruskan.

Dengan barisan pemain yang dimiliki, skuad Harimau Malaya dilihat sebagai pilihan untuk meraih kemenangan walaupun cabaran Singapura juga tidak boleh dipandang sepi.

Malah, skuad negara bakal turun dengan misi untuk menebus kekecewaan sekadar seri bertemu Singapura pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 yang menyebabkan Malaysia gagal ke separuh akhir.