Perlawanan kelima Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26: Selangor lawan BG Pathum United [4 Februari 2026, 8:30 malam]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia Tenggara melibatkan kelab Malaysia iaitu Selangor di Kelana Jaya pada malam ini.
Perlawanan Kelima Selangor Di ACC Piala Shopee 2025/26
Selangor lawan BG Pathum United
Sepak mula: 8:30 malam, 4 Februari 2026 (Rabu)
Tempat: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola (803) & Astro GO
Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan Piala Shopee 2025/26.
Sekiranya anda tidak berada di rumah dan mahu menyaksikannya di komputer riba mahupun telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’.
Selangor masih lagi mengekalkan rekod cemerlang tanpa kalah sejak berada dibawah kendalian Kim Pan-gon.
Dalam saingan Piala Shopee juga skuad Gergasi Merah itu masih segar dengan kemenangan 2-0 ke atas Cong An Ha Noi di laman sendiri hasil dua jaringan Faisal Halim.
Khidmat pemain lincah itu pastinya akan terus ditagih untuk mengkucar-kacirkan jentera pertahanan BG Pathum United pada malam ini sekali gus memastikan slot ke separuh akhir.
Selepas empat perlawanan, Selangor menghuni tangga teratas kumpulan A dengan lapan mata manakala BG Pathum di kedudukan kedua selepas mengumpul tujuh mata.
Aksi melibatkan kedua-dua pasukan ini pasti amat dinantikan kerana tiga lagi pasukan iaitu Buriram United, Tampines Rovers dan Cong An Ha Noi turut memburu dua slot tersebut.