Skuad negara akan berdepan laluan lebih getir pada aksi kedua Piala ASEAN FIFA 2026 apabila bakal menghadapi Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.
Dibarisi barisan pemain warisan berkualiti dan berkelana di Eropah, Indonesia dilihat pasukan pilihan untuk meraih kemenangan.
Tambahan pula skuad kendalian John Herdman itu bakal mendapat sorakan padu puluhan ribu peminat yang akan membanjiri Gelora Bung Karno.
Namun keadaan tersebut tidak seharusnya merentapkan semangat juang barisan pemain negara yang tidak kurang hebatnya.
Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe pasti akan membariskan skuad terkuatnya dengan Bergson da Silva sudah membuka akaun jaringannya bersama skuad negara.
Malah, Arif Aiman Hanapi turut cemerlang dengan dua jaringan dihasilkannya pada aksi menentang Bangladesh tempoh hari.
Bagi peminat yang tidak berkesempatan ke Jakarta, anda kini boleh menyaksikan siaran langsung Piala ASEAN FIFA 2026 yang julung kali diadakan itu di kaca televisyen.
Perlawanan Kedua Piala ASEAN FIFA 2026
Sepak mula: 8:30 malam, 28 September 2026 (Isnin)
Tempat: Gelora Bung Karno, Jakarta
Link Siaran Langsung: RTM Klik (Sukan+)
Anda boleh menyaksikan perlawanan ini secara percuma di saluran Sukan+ RTM. Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu ke laman sesawang RTM Klik untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.