Sebelum ini, AirAsia telah mengesahkan bahawa sistem mereka telah terjejas ekoran serangan siber. Hal ini sekaligus menarik minat banyak pihak untuk mengetahui punca sebenar disebalik siri serangan baru-baru ini.
Kementerian Komunikasi dan Digital kini berkongsi dapatan awal berkaitan siasatan ke atas laporan serangan yang melibatkan syarikat penerbangan kos rendah tempatan baru-baru ini.
Baca Juga:
- ‘Dakwaan Data Pengundi Bocor Demi Kaut Keutungan Adalah Tidak Benar’ – Menteri Dalam Negeri
- 11 Juta Data Peribadi Pengguna Facebook Di Malaysia Bocor, Boleh Diakses Secara Percuma
AirAsia Passenger Data Leak: Early investigations indicate cyberattack – @fahmi_fadzil https://t.co/W4Wpz3iLK3 pic.twitter.com/fX4CjyksFL
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 10, 2022
Pihak kerajaan yang terdiri daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cybersecurity Malaysia telah memulakan siasatan dengan mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan Capital A.
Hasil siasatan memperlihatkan bahawa serangan siber sistem pelayan AirAsia yang berlaku pada 12 November lalu berpunca daripada akses tanpa kebenaran mengakibatkan serangan perisian tebusan (ransomware) yang berpotensi mendorong kepada kebocoran data.
Siasatan lanjutan masih dijalankan dalam memahami punca pencerobohan dan juga impak keseluruhan insiden yang berlaku.