Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki kaum Iban telah ‘know down’ seorang lelaki warga asing dalam gelanggang tinju.

Difahamkan, lelaki warga asing itu dipercayai telah membuli banyak pelajar dan lelaki Iban itu telah mencabarnya berlawan tinju.

Baca Juga:

Menerusi video terbabit, dapat dilihat lelaki Iban itu berjaya menumpaskan lelaki warga asing itu dengan dua kali tumbukan dan memberikan kata-kata pengajaran kepadanya.

Video yang tular itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji lelaki Iban tersebut kerana berlawan dalam gelanggang serta kagum melihat cara dia menumpaskan lelaki warga asing itu.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan mesej yang disampaikan cukup terang dan segelintir netizen mengatakan bahawa janganlah ‘bermain’ dengan kaum Iban.