Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) kemungkinan akan mengembalikan semula sistem kiraan 21 mata dalam semua kejohanan dan pertandingan melibatkan sukan itu.
Perkembangan tersebut didedahkan oleh BolarotanTV ketika saingan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berakhir pada hari ahad lepas.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
“Sistem mata berkemungkinan besar akan kembali ke 21. Servis 1 setiap kali dikekalkan,” dedah BolarotanTV.
Kebanyakan peminat setuju dengan perubahan sistem kiraan kepada 21 mata kerana ia akan memastikan perlawanan menjadi lebih menarik dan sengit.
Mereka berpendapat sistem kiraan 15 mata cepat habis dan merugikan bayaran tiket perlawanan.
Sebelum ini, ISTAF mengubah sistem kiraan kepada 15 mata dan 1 servis dengan alasan ia menjimatkan masa, tenaga dan perlawanan lebih mendebarkan.
Memetik laporan Arena Metro, pemain mengakui sistem kiraan 15 mata ini menyebabkan mereka tidak puas beraksi dan tidak dapat merasai nikmat perlawanan itu.
Sebaliknya mereka perlu cepat mendapatkan rentak permainan dan tidak lagi boleh lagi melakukan pelbagai kesilapan di awal permainan.
“Kalau ikut saya memang dari segi kepuasan itu tak ada. Sebab dia kalau mata agak jauh memang kepuasan tak rasa. Tapi, bila ada tentangan yang sengit mungkin dekat situ baru kita dapat rasa.
“Sekarang ini bila masuk dalam gelanggang dan tak ada masa untuk rentak permainan. Masuk tu memang terus pergi (dapatkan mata) je,” kata pemain sepak takraw negara, Farhan Adam.
Sepak takraw bermula dengan sistem 15 mata ketika diperkenalkan pada Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965 dengan servis berpindah milik dan mata hanya bertambah jika memegang servis.
Sistem kiraan ini bertahan sehingga 1995 hingga 2001, kemudian dipinda kepada 21 mata dua set terdahulu, 15 mata set penentuan sahaja dengan mata boleh bertambah tanpa servis namun pada 2011, kembali kepada 15 mata kesemua set dan terbaik daripada lima set (best of five sets).