Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memaklumkan fasa awal untuk memberikan pengiktirafan menganugerahkan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza gelaran Biduanita Negara sudah dilaksanakan.

Memetik Berita Harian, inisiatif  tersebut menunjukkan perkembangan positif apabila kerajaan memulakan langkah pertama merealisasikan hasrat itu.

Baca Juga:

“Perkara ini dalam proses perbincangan dalaman. Jadi, belum sesuai untuk saya kongsi butiran lanjut.

“Tapi, saya nampak mungkin kami cuba lihat apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan proses ini,” katanya kepada BH Online.

Fahmi menambah, prosedur itu juga memerlukan masa kerana banyak aspek harus diambil kira sebelum keputusan dibuat.

“Saya tak akan komen lebih. Cuma, saya ada bangkitkan dan kena ikut proses, mungkin akan mengambil masa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Media Bersama Fahmi Fadzil di sebuah hotel di ibu negara, kelmarin.

Memetik Berita Harian lagi, usul untuk menganugerahkan Siti dengan gelaran Biduanita Negara timbul selepas kejayaan pelantun konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza pada Mac lalu.

Untuk rekod, gelaran Biduanita Negara buat masa ini hanya diberikan kepada dua penyanyi iaitu Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Sumber