Seperti kita sedia maklum, kumpulan rock dari Britain iaitu Coldplay berjaya memecahkan rekod biduanita negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan jumlah pengunjung tertinggi di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas hampir 20 tahun lalu.

Oleh hal yang demikian, ramai yang berharap agar beliau boleh melakukan konsert terbesar sekali lagi bagi mencipta pencapaian baharu sekaligus memintas rekod kumpulan Coldplay itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terkini, Dato Siti Nurhaliza memuat naik satu ciapan yang menyatakan rasa terharu dengan sokongan orang awam yang mahu beliau mengulangi sejarahnya menakluki Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau memberi bayangan bahawa perkara itu boleh jadi kenyataan atau sebaliknya. Bahkan, Dato Siti berhasrat mahu melakukan sekali lagi di Stadium Nasional sebelum beliau bersara dari industri.

Dengan ini, ia bakal menjadi kenangan terindah terutamanya buat rakyat Malaysia. Dalam pada itu, ramai pengguna X memberi sokongan terhadap hasratnya yang mana bagi memintas pencapaian Coldplay dan mengambil semula takhta di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Untuk makluman, Coldplay berjaya memecahkan rekod biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan mencatatkan 75,000 kehadiran di Stadium Bukit Jalil pada 20 November lalu. Sama-sama kita nantikan kejutan yang bakal dibuat oleh penyanyi nombor satu negara.