Datuk Siti Nurhaliza sempat mengusik nakal suami suami orang di luar sana agar tidak menggatal mencari perempuan lain dengan lagu nasihat.

Penyanyi no.1 negara itu menyatakan bahawa lagu Pastikan yang dipopularkan oleh dia sendiri agak popular pada masa ini memandangkan beberapa isu panas melibatkan suami atau kaum adam.

Baca Juga:

Maka tidak hairanlah Siti Nurhaliza sendiri pun tertarik untuk mengikuti perkembangan semasa itu dan lagu ‘Pastikan’ yang menceritakan kesetiaan seorang wanita kepada seorang lelaki yang dia cintai.

Siti Nurhaliza berkata: “Lagu ini tengah orang suka sangat sekarang kerana ianya lagu tentang pesanan wanita kepada lelaki.”

Dalam lirik tersebut Siti Nurhailiza turut menyatakan bahawa wanita tidak pernah berniat untuk berpaling daripada lelaki yang dia sayangi.

Sambil Siti Nurhaliza turut menggariskan satu lagi bait dalam lagu nasihat itu dengan menyatakan bahawa wanita akan cuba sedaya upaya membahagiakan lelaki yang mereka sayangi.

@wanitamatahari

Replying to @Rose Bell4535 aamiin 😇🥳 thankyou Tokti hiburan petang ni 🩵 #sitinurhaliza #datositinurhaliza #tokti #ctdk #nomborsatu #penyanyimalaysia

♬ original sound – Milah & Bunga – Milah & Bunga

Netizen agak terhibur dengan gurauan nakal Datuk Siti Nurhaliza. Ramai juga yang kagum dengan kemerduan suaranya menyanyi sambil mengemas barang atau santai santai saja.

Mereka juga gembira kerana suara Datuk Siti Nurhaliza yang semakin sembuh.

Datuk Siti Nurhaliza masih dianggap penyanyi no.1 negara. Walaupun beliau sendiri tidak pernah kisah tentang gelaran itu. Menurutnya beliau tidak pernah sesekali meletakkan sasaran mahu menjadi penyanyi no.1 Malaysia sepanjang kariernya.

Buat masa ini Siti Nurhaliza menangguhkan seketika beberapa aktiviti nyanyiannya sebagai menghormati konflik kemanusian yang sedang berlaku di Gaza.

Dalam perkembangan lain Datuk Siti Nurhaliza merupakan pembayar zakat teringgi dari kalangan artis.