Baru baru ini muncul perdebatan bahawa Datuk Siti Nurhaliza bukan lagi penyanyi nombor satu Malaysia dan sudah tiba masanya gelaran itu menjadi milik artis baharu.

Ada segelintir peminat merasakan Aina Abdul adalah artis nombor satu ketika ini bukan lagi Siti Nurhaliza.

Baca Juga:

Di media sosial netizen berdebat tentangnya. Sehinggakan ia menarik perhatian Misha Omar. Menurut Misha Omar, Siti Nurhaliza masih lagi penyanyi no.1 negara. Namun dia memahami keobsesan peminat terhadap artis lain sehingga membawa kepada perpecahan pandangan.

Tidak lama kemudian Datuk Siti Nurhaliza sendiri diminta untuk memberikan komen tentang perkara itu. Dan Tokti meminta agar netizen tidak berbalah tentang perkara itu.

Kerana beliau sendiri tidak pernah kemaruk dengan gelaran penyanyi no.1 Malaysia. Apa yang beliau mahukan adalah kepuasan sebagai seorang penyanyi apabila peminat terhibur.

Bercakap kepada Mstar Online, Siti Nurhaliza menegaskan bahawa nombor itu tidak penting. Dan ianya bukan menjadi ukuran sebenar untuk kariernya.

Sambil menambah: “Awal-awal masuk menyanyi pun tak pernah terlintas saya ‘eh suatu hari nanti saya nak jadi nombor satu lah’, tiada langsung dalam kamus diri saya.”

“Jadi saya lebih kepada nak kongsi tentang apa bakat yang saya ada dan nak gembirakan orang sahaja,” katanya kepada mStar.

Datuk Siti Nurhaliza merupakan penyanyi yang paling berjaya dalam sejarah industri muzik Malaysia dari segi trofi anugerah yang pernah beliau menangi.

Apa yang pasti Siti Nurhaliza tetap seorang legenda di dalam hati setiap peminat industri muzik tanah air.