Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan skuad B-23 Tahun negara bakal menerima kehadiran pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan menjelang temasya AFC B-23 Tahun di Qatar tahun hadapan.

Datuk Hamidin berkata demikian dalam satu sidang media baru-baru ini dimana pemain tersebut akan diperkenalkan secara rasmi pada minggu hadapan namun beliau enggan untuk mendedahkan identiti pemain yang dimaksudkan.

Baca Juga:

“Kita mendapat khabar gembira dimana akan ada penambahan pemain. Saya dah jumpa pemain itu dan mungkin minggu hadapan pemain tersebut akan diperkenalkan,” katanya.

Antara pemain yang menjadi sebutan untuk menyertai skuad B-23 tahun negara kali ini ialah Richard Chin dimana beliau sebelum ini pernah melawat Malaysia pada Mei lalu dan sudahpun berjumpa dengan FAM

Dalam masa yang sama, Datuk Hamidin juga menegaskan skuad B-23 akan menjalani latihan di luar negara sebagai persediaan bagi menghadapi temasya di Qatar yang akan bermula pada 15 April hingga 3 Mei tahun hadapan.

“Saya dah berbincang dengan jurulatih dimana beliau mahu menjalani persiapan di luar negara. Pemain akan terbang lebih awal ke sana bagi memastikan mereka menyesuaikan diri dengan cuaca sekitar.

“Akan ada perlawanan persahabatan dimana saya sedang usahakan untuk menentang Qatar untuk dua perlawanan dan juga kelab di sana. Selain itu pasukan Juan Torres akan mengadakann perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Malaysia.

“Sebelum itu, In sha Allah kita akan menghantar pasukan ini ke luar negara pada Januari atau Februari. Saya harap pasukan kali ini mampu untuk mencipta kejutan,” tambahnya.

Juan Torres Garrido diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan bagi menggantikan E.Elavarasan dan beliau dibantu oleh bekas ketua pasukan skuad kebangsaan iaitu Shukor Adan.