Selepas berjaya mencipta kejutan dengan meloloskan diri dalam kelompok lapan pasukan terbaik dunia pada Kejohanan Footgolf Piala Dunia Tahun 2023 yang berlangsung di Orlando, Amerika Syarikat, pasukan Footgolf Malaysia kini sudah bersedia untuk memulakan lembaran sejarah yang baru.
Biarpun sukan Footgolf masih asing di dalam senario sukan tempatan, namun berbekalkan semangat yang membara, pasukan Footgolf Malaysia nekad untuk membuktikan bahawa kejayaan di dalam sukan ini turut mampu mengharumkan nama negara di persada dunia.
Baca Juga:
- Syamer Kutty Abba Hormati Keputusan Peminat Boikot Pestabola Merdeka 2024
- Bekas CEO Perak Anggap Bola Sepak Malaysia Industri Merugikan
- Rita Rudaini Sokong Anak Jadi Pemain Bola Sepak Yang Pandai
Bakal berlangsung di The Els Club Desaru pada 23 hingga 27 September 2024, Kejohanan Footgolf Piala Asia yang dibawakan oleh penaja utama MicroLEAP sebuah syarikat pelaburan patuh syariah yang saban tahun terus menyokong perkembangan sukan footgolf di Malaysia.
Kejohanan ini bakal menjadi medan pertembungan di antara enam negara yang aktif di dalam sukan yang mencabar dan penuh teknikal ini iaitu Malaysia, Jepun, China, Chinese Taipei, Korea dan Australia.
Selaku tuan rumah, sudah pasti pasukan Footgolf Malaysia meletakkan sasaran untuk bergelar juara Asia.
Ketua pasukan untuk edisi ini, Mohd Fahmi Hatta yakin dengan kemampuan pasukan yang telah berlatih bersama beberapa bulan ini.
“Dengan persediaan rapi yang telah dilakukan, kami semakin mengenali kekuatan dan kelebihan setiap rakan sepasukan, ini penting untuk para pemain mempersiapkan diri untuk menghadapi pasukan lawan terutamanya dalam acara berpasukan nanti, berdepan dengan pasukan pilihan seperti Jepun dan China.”
Dengan jadual kejohanan yang padat sepanjang 5 hari itu nanti, menurut salah seorang lagi pemain, Hanif Miswan yakin dengan pengalaman yang dibawa ketika menyertai Piala Dunia di Orlando bakal mematangkan dirinya dan rakan sepasukan yang lain.
Beliau jelas amat teruja untuk beradu kehebatan dalam sukan footgolf berdepan dengan pasukan lain di rantau Asia ini.
“Skuad kali ini menarik, ada adunan pemain yang berpengalaman di pentas antarabangsa dan mempunyai ranking yang tinggi di peringkat Dunia dan Asia. Selain Jepun dan China, ada juga pasukan berpengalaman seperti Australia yang merupakan
tuan rumah untuk edisi Piala Asia terdahulu, Korea Selatan dan Chinese Taipei yang boleh disifatkan sebagai pendatang baharu dalam sukan ini.”
“Jadi peluang Malaysia seimbang dan InshaAllah kita boleh melakukan kejutan menjadi juara,” ujar beliau yang juga merupakan Pengulas Sukan, Pengacara Televisyen dan Penyampai Radio.
Kejohanan Footgolf Piala Asia ini akan mempertandingkan tiga kategori utama iaitu Men Open, Men Senior dan Women Open. Pastinya pasukan Footgolf Malaysia menyasarkan untuk menjuarai kesemua kategori yang ada sekaligus mencapai misi menawan Asia.
Berikut merupakan barisan pemain yang bakal menggalas cabaran Malaysia:
Mens Open
Mohd Fahmi Bin Hatta, Wan Faizal Iskandar Bin Wan Abdullah, Hanif Miswan, Fairus Basar, Hasrul Hasan, Asyraf Ruslan, Yusof Zainal Abidin, Hafiz Rafek, Syakirin Md Sukor, Faizal A. Rahman, Zul Hilmi Mohd Zaki, Alif Sofiadli Sokhini, Arif Sofiadil Sokhini, Ajib Hashim, Khairul Anuar Roslan, Hafzal Hisham, Kamal Mohammad Yatim, Nik Juhaisham Tarmizi, Yaqzan Mohd Ramli, Ahmad Faizal Abd Karin, Ahmad Afzal Mohd Shahar, Sahril Sahibon, Yusof Nordin & Wan Hafiz Wan Harun
Mens Senior
Jeffrey Dean Cottam, Shahril Arsat, Marzi Omar, Radzuan Ali, Azezi Mahidin, Shukri Bahari, Zailani Nor, Hezri Sulaiman & Syamsuar Sachari
Women
Steffi Sarge Kaur, Nisa Alina Zulkefli, Fatin Shahida Azmi, Azrena Zaireen Binti Ahmad Zahudi & Norhafiza Binti Roslan