Barisan pemain skuad kebangsaan Indonesia bersatu hati dalam usaha meminta para penyokong yang sering membuat perbandingan antara pemain tempatan dan kacukan dalam pasukan tersebut.

Dapat disaksikan hampir kesemua 26 pemain yang terpilih untuk beraksi dalam saingan Piala Asia 2023 menggunakan kapsyen sama dalam menyampaikan mesej tersebut di laman Instagram masing-masing.

Baca Juga:

Daripada 26 nama dipilih Shin Tae-yong, tujuh daripadanya merupakan pemain kacukan yang melepasi proses mendapatkan kerakyatan Indonesia dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Mereka yang dimaksudkan ialah Jordi Amat (Johor Darul Ta’zim), Justin Hubner (Wolves), Elkan Baggot (Ipswich Town), Sandy Walsh (KV Mechelen), Shayne Pattynama (Viking FK), Ivar Jenner (Jong Utrecht) dan Rafael Struick (ADO Den Haag).

Sehubungan dengan itu, mungkin ramai penyokong yang bersikap toksik dalam mengeluarkan pendapat hingga menimbulkan perdebatan serta perdebatan mengenai pemain tempatan dan kacukan ini.

“Mari hentikan membandingkan pemain lokal [tempatan] dan pemain keturunan. Kita semua di sini adalah satu keluarga dengan satu impian, iaitu memberikan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan dan rakyat Indonesia.”

“Tiada masalah dari mana asal-usul kami, kerana kami selalu bersatu, baik di dalam mahupun di luar padang. Saat pasukan kami mengalami kekalahan, kita semua merasakannya, dan saat menang, itulah kemenangan bagi kita semua.”

“Sebagai pemain, memakai jersi ‘Merah Putih’ bukan hanya kebanggaan, tetapi juga suatu kehormatan bagi kami.”

“Mari bersama-sama, mendukung, dan memberikan sokongan kepada kami dengan penuh semangat di Piala Asia 2024.”

Skuad Indonesia akan memulakan saingan di Qatar pada 15 Januari menentang Iraq dan kemudiannya menanti lawan serantau, Vietnam berselang empat hari kemudian.

Jepun bakal menjadi lawan terakhir skuad garuda itu di peringkat kumpulan pada aksi yang berlangsung 24 Januari.