Pengendali Liverpool, Arne Slot menegaskan bahawa kekalahan pasukannya dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini bukan alasan untuk panik.
Sebaliknya, beliau melihat ia sebagai sebahagian daripada proses memberi ruang kepada pemain muda mendapatkan pengalaman berharga.
Baca Juga:
- Liverpool Sedia Bincang Tentang Pemecatan Slot

- Liverpool Kalah Kali Ke-4, Berada Di Luar Slot UCL Dan Dipintas Man United

- Arne Slot Yakin Salah, Isak Selepas Kekalahan Di Tangan Chelsea

Slot menjelaskan bahawa skuad The Reds kini berdepan kekangan pemain akibat kecederaan serta jadual padat, memaksanya mengimbangi antara keputusan jangka pendek dan pembangunan jangka panjang untuk kelab.
Ini Alasan Slot
“Mereka yang mengikuti kelab ini tahu bahawa kami menggunakan kejohanan ini untuk memberi peluang kepada pemain muda,” ujar Slot menurut sumber laporan Goal.
“Kami mahu mencipta laluan untuk mereka bermain di hadapan 60,000 penonton, di hadapan penyokong sendiri. Itu salah satu sebabnya.”
“Satu lagi sebab ialah kami hanya mempunyai empat atau lima pemain yang cedera tetapi jika saya perlu menurunkan pemain yang sama berulang kali, ia akan memberi kesan besar.”
“Terdapat banyak sebab kenapa kami tewas dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.”
“Bukan alasan, tetapi jadual yang padat tidak membantu kerana hampir setiap kali kami hanya ada dua hari rehat sebelum perlu bermain di tempat lawan.”
“Dan selepas itu satu lagi perlawanan di tempat lawan. Jadi kami terpaksa menurunkan pemain yang sama berulang kali.
“Sebagai contoh, saya cuba dengan Alexander Isak, pemain yang terlepas aksi pramusim dan itu membawa risiko tinggi untuk kecederaan lain.”
“Buat masa ini kami hanya mempunyai sekitar 15 atau 16 pemain senior yang benar-benar tersedia.”
Kenyataan Slot itu memperlihatkan pendekatan rasional beliau dalam menguruskan pasukan dalam memberi ruang kepada pemain muda sambil mengekalkan kestabilan skuad utama walaupun terpaksa menempuh tempoh sukar di awal musim.