Legenda Belanda, Wesley Sneijder mengakui Cristiano Ronaldo dan Portugal lebih berpeluang untuk menjulang trofi Piala Dunia 2026 berbanding Argentina yang dikemudi Lionel Messi.

Kedua-dua negara tersebut sudah mengesahkan tempat untuk beraksi dalam kejohanan yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada itu.

Baca Juga:

Berbeza dengan format sebelum ini, Piala Dunia 2026 bakal menampilkan penambahan kepada 48 pasukan dalam usaha merebut kejuaraan.

Ronaldo
Kredit Foto: PATRICIA DE MELO MOREIRA / AFP)

Ia juga boleh dianggap sebagai pentas terakhir buat Messi dan Ronaldo yang akan membuat penampilan edisi keenam dalam saingan Piala Dunia.

Satu perkara yang jelas amat sukar untuk dilakukan oleh mana-mana pemain bola sepak dan ia pasti akan mencuri tumpuan peminat seluruh dunia untuk memperkatakan tentangnya.

Sehubungan dengan itu, Sneijder melihat Cristiano Ronaldo lebih berpeluang cerah untuk muncul juara kejohanan tersebut nanti.

Pendapat Sneijder Mengenai Peluang Portugal & Argentina

“Portugal mempunyai pasukan yang sangat kuat,” ujar Sneijder menurut sumber laporan Goal.

“Bagi saya, mereka antara pasukan pilihan, jadi saya akan kata Cristiano Ronaldo mempunyai peluang lebih besar untuk memenangi Piala Dunia seterusnya berbanding Lionel Messi.”

Messi
Kredit Foto: GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

“Piala Dunia di Qatar adalah hebat untuk Argentina tetapi mereka juga agak bernasib baik. Secara keseluruhan, saya rasa Portugal adalah pasukan yang lebih baik,” tambah beliau lagi.

Berakhirnya perlawanan peringkat kumpulan pusingan kelayakan awal pagi tadi menyaksikan 42 pasukan sudah pun mengisi slot ke Piala Dunia.

 

Sumber