Kapten Tottenham Hotspur, Son Heung-Min, akhirnya menerima gelaran ‘lagenda Spurs’, selepas menjulang trofi pertama kelab itu dalam 17 tahun berikutan kemenangan dalam perlawanan akhir Liga Europa menewaskan Manchester United.
Sebelum ini beberapa wartawan menggelarkan Son Heung-Min sebagai legena Spurs. Namun pemain Korea Selatan itu menegaskan bahawa, dia tidak mahu digelar legenda selagi lagi dia tidak memenangi sebarang piala untuk Tottenham Hotspur.
Dan hari ini, Son Heung Min dengan berbesar hati menerima pengiktirafan sebagai legenda Spurs.
Son Heung Min Beri Tepukan Buat Palestin: ‘Ada Perkara Kita Semua Boleh Belajar Daripada Mereka’
Spurs menewaskan Manchester United 1-0 di Bilbao, Sepanyol, hasil jaringan separuh masa pertama oleh Brennan Johnson.
Son Heung Min masuk pada separuh masa kedua dalam perlawanan yang mendebarkan ini. Memaksa Vicario melakukan beberapa siri penyelamatan.
Ini merupakan kejuaraan pertama kelab London Utara itu sejak memenangi Piala Liga Inggeris pada 2008 dan kejayaan Eropah pertama sejak memenangi Europa League (dulu disebut Piala UEFA) kedua mereka pada 1984.
Trofi ini juga merupakan yang pertama dimenangi oleh Son, yang menyertai Tottenham 10 tahun lalu, dalam kerjaya kelabnya. Sebelum ini, satu-satunya pingat emas yang dimilikinya adalah daripada kejayaan memenangi Sukan Asia bersama Korea Selatan pada 2018.
A 𝗰𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗼𝗻 for both 𝗰𝗹𝘂𝗯 and 𝗰𝗼𝘂𝗻𝘁𝗿𝘆
🇰🇷 Asian Games U23 2018🥇
🤍 UEFA Europa League 2024/25 🥇Born and raised in 𝐀𝐬𝐢𝐚, Son Heung-Min is now a 𝐄𝐮𝐫𝐨𝐩𝐞𝐚𝐧 Champion 🏆
A Son that parents can be proud of 🤍#SonHeungMin #Tottenham #SouthKorea pic.twitter.com/KBL48zTFbm
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) May 21, 2025
‘Saya adalah legenda Spurs’ – Son Heung Min
Setelah menyatakan pada awal musim ini bahawa beliau ingin dikenang sebagai lagenda Spurs tetapi belum merasa layak untuk gelaran itu, Son ditanya selepas kemenangan tersebut sama ada beliau kini menganggap dirinya layak.
“Katakan bahawa saya lagenda. Kenapa tidak? Hanya untuk hari ini!” kata Son kepada TNT Sports.
“17 tahun tiada siapa yang berjaya melakukannya, jadi dengan pemain-pemain yang hebat ini, ya, hari ini adalah harinya. Mungkin hari ini saya akan mengatakan saya adalah lagenda kelab ini.
“Saya rasa luar biasa. Ini adalah impian saya selama ini dan hari ini ia menjadi kenyataan. Impian benar-benar menjadi kenyataan. Saya sangat, sangat gembira. Saya adalah manusia yang paling bahagia di dunia.”
Son Heung Min:
“I will say today I am a legend of this club.”
Yes you are Sonny. Yes you are. 🤍🇰🇷 pic.twitter.com/i95dFWB8Il
— The Spurs Express (@TheSpursExpress) May 21, 2025
Son Heung Min sebelum ini menerima beberapa tawaran lain daripada kelab besar Eropah. Namun memilih untuk terus kekal bersama dengan Spurs. Walaupun rakan baiknya, Harry Kane memutuskan untuk menyertai Bayern.
Kane berterus terang menyatakan dia ke Bayern untuk memenangi trofi, setelah usianya semakin meningkat.