Bekas pemain ragbi skuad kebangsaan New Zealand, Sonny Bill Williams mendoakan agar pemain sayap Selangor, Faisal Halim cepat sembuh selepas mengalami kejadian disimbah asid baru-baru ini.

Menerusi laman media sosial rasmi pasukan, mereka memuat naik satu video yang menunjukkan Sonny memberikan kata-kata semangat dan doa bagi Faisal serta seluruh keluarga.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

“Assalamualaikum Faisal, Sonny Bill Williams di sini. Saya mahu mendoakan agar anda cepat sembuh. Semoga Allah SWT mempermudah semua urusan buat anda serta seluruh keluarga.

“In Sha Allah, anda kekal kuat. Di setiap kesusahan, pasti ada kemudahan. Dan kemudahan akan segera datang kepada anda. Jaga diri. Assalamualaikum,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menyatakan Faisal sudah dipindahkan ke wad biasa selepas lebih seminggu diletakkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya kini semakin stabil tetapi masih memerlukan penjagaan rapi.

“Alhamdulillah hari ini (semalam) Faisal sudah dipindahkan dari ICU ke wad biasa. Tetapi, masih lagi tidak dibenarkan pelawat kerana keadaan Faisal masih lagi sensitif. Namun keadaan dia stabil,” katanya.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Shahril menegaskan pemain yang mesra disapa Mickey itu turut mengidam nasi kandar selepas lebih seminggi dirawat di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Dengan proses pemulihan berjalan lancar, Datuk Seri Shahril turut memaklumkan Faisal akan dibenarkan keluar dari hospital selepas dua minggu.

“Perkembangan itu baik tetapi saya mengikut nasihat doktor. Saya difahamkan keadaan (Faisal) bertambah baik tetapi ianya mengambil masa yang lama.

“Mungkin ada yang tanya berapa lama Faisal akan berada di hospital. Saya rasa paling kurang dua minggu lagi,” tambahnya.