Peminat badminton Malaysia sememangnya diketahui begitu fanatik dalam memberikan sokongan kepada pemain negara terutamanya ketika beraksi di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Saban tahun dapat disaksikan, Axiata Arena akan sentiasa dipenuhi peminat badminton ketika kejohanan Terbuka Malaysia dan Malaysia Masters sejak hari pertama (Selasa) hingga Ahad (perlawanan akhir).

Baca Juga:

Seperti edisi 2025 pada Januari lalu, meskipun tiada wakil Malaysia di pentas final para peminat tidak ketinggalan untuk memenuhi stadium bagi menikmati aksi berkelas dunia.

Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah tinjauan dibuat wakil Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan sorakan peminat badminton Malaysia paling ‘riuh’ berbanding Indonesia dan Vietnam.

“Ini semakin tidak terkawal dimana enam bulan lalu di Terbuka Indonesia, saya mengukur betapa kuatnya bunyi di dalam stadium Istora Senayan yang terkenal dan ia dikesan pada 101.8 desibel.”

“Saya pergi pula ke Terbuka Vietnam beberapa bulan kemudian dan mengukur 107.3 desibel. Jangan lupa juga bahawa peningkatan hanya tiga desibel mewakili dua kali ganda tekanan bunyi.”

@bwf.official

Which badminton fans are loudest? 📢 #bwf #badminton #badmintonlovers #badmintonindonesia #badmintonmalaysia #badmintonvietnam

♬ original sound – BWF – BWF

 

 

“Kemudian pada Terbuka Malaysia baru-baru ini dengan peminat yang sangat bersemangat di Axiata Arena, saya mengukur sekali lagi dan saya mendapat 109.8 dB yang luar biasa.”

Dalam pada itu, beliau yang dikenali sebagai Ckyew_official turut memberikan peringatan kesan daripada kekuatan bunyi sorakan tersebut.

“Peringatan sesiapan yang terdedah kepada bunyi 100 desibel selama lebih daripada 15 minit sebenarnya boleh merosakkan pendengaran anda.”’

“Jadi sebenarnya agak luar biasa untuk berfikir bahawa kejohanan badminton ini mencapai tahap bunyi ini secara konsisten.”

“Kami sangat suka melihat keghairahan peminat badminton, jadi mari teruskan perkara ini dan pastikan anda pergi dan menonton badminton secara langsung juga.”

“Tetapi lindungi telinga anda, sudah tentu. Ia merupakan perkara serius,” tambah beliau lagi.

Sumber