Bekas pertahanan Manchester United, Jaap Stam mengakui beliau cukup berminat untuk melihat bekas rakan sepasukannya, Roy Keane membimbing The Red Devils.

Selepas bersara pada 2006, Keane yang dikenali dengan sikap dinginnya serta agresif itu pernah membimbing Sunderland dan Ipswich Town.

Baca Juga:

Selain itu, beliau turut berpengalaman selaku penolong pengurus skuad kebangsaan Ireland, Aston Villa dan Nottingham Forest.

Mikel Arteta
Kredit Foto: Reuters/Jason Cairnduff/

Pilihan Utama Jaap Stam Buat Manchester United

“Saya ingin melihat Roy Keane kembali ke Manchester United dalam peranan kejurulatihan atau pengurusan.”

“Walaupun ramai bekas pemain bercakap tentang hala tuju dan keputusan kelab, kebanyakan bekas pemain United sebenarnya bersedia membantu dalam apa jua cara sama ada sebagai jurulatih atau penasihat kerana ia demi kepentingan mereka sendiri.”

“Mereka semua mahu melihat kelab ini berjaya,” ujar Stam menurut sumber laporan Goal.

“Untuk melihat Roy dalam peranan sebegitu sememangnya sesuatu yang hebat tetapi dalam dunia bola sepak hari ini, kelab-kelab sangat berhati-hati dengan cara bekas pemain bersuara di media.”

“Jika anda mempunyai suara sendiri dan meluahkan pandangan tentang keputusan tertentu, anda berisiko menyinggung perasaan pihak dalam kelab dan mereka mungkin tidak mahu melibatkan anda.”

Selain Roy Keane, Stam yang beraksi bersama United pada 1998 hingga 2001 melihat Luis Enrique sebagai pilihan seterusnya untuk membimbing pasukan tersebut.

“Luis Enrique akan menjadi pilihan yang sangat sesuai sebagai pengurus tetap Manchester United. Dia telah membuktikan kualitinya bersama Paris Saint-Germain dan merupakan seorang pengurus yang sangat baik.”

“Dia juga sangat komited terhadap setiap kelab yang dikendalikannya serta mempunyai semangat yang tinggi terhadap permainan, sesuatu yang amat diperlukan untuk berjaya sebagai pengurus di kelab besar seperti United.”

“Selain itu, dia mengamalkan corak permainan yang sangat lancar dan menarik iaitu gaya bola sepak yang telah lama diidamkan oleh para penyokong dan penganalisis untuk dilihat di Old Trafford,” tambah Stam lagi.

Sumber