Baru-baru ini tular usahawan fesyen Vivy Yusof dikatakan netizen mempersoal bantuan yang diberikan kepada golongan B40 – melalui pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri.

Berpunca daripada komen yang dibuat di Instagram bersama seorang lagi rakan usahawan, beliau telah mendapat kecaman teruk daripada netizen dan menjadi salah satu topik trending di media sosial beberapa hari ini.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian daripada saga antara usahawan terkenal ini dengan netizen bukanlah tentang siapa betul atau siapa salah.

Sebaliknya ia adalah berkenaan dengan isu aksesori stapler berjenama dUCk milik beliau yang dijual sehingga RM80.

Sebagai pemula, menurut netizen stapler berjenama dUCk itu dijual sehingga RM80 seunit tetapi mereka mendapati harga asal atau harga borong aksesori tersebut hanyalah berharga RM1.30.

Boleh mengeluarkan bunyi itik?

Tidak mahu bersandarkan pada pendapat netizen semata-mata, kami membuat semakan di laman sesawang dUCk untuk mengetahui keistimewaan stapler berharga RM80 ini dan sama ada ia mempunyai kelebihan tersembunyi seperti ‘mengeluarkan bunyi itik’ seperti dipersoalkan netizen ini.

kommen

Tidak lain tidak bukan kami hanya ingin mencari klarifikasi yang tepat mengenai keupayaan stapler ini dan tidak mempunyai niat lain. Bagaimanapun apa yang ditemui kami sangat mengecewakan.

staplemate
Screenshot menunjukkan ‘description’ produk di laman sesawang dUCk

Semakan kami di product description stapler tersebut bagaimanapun gagal untuk menemui ciri-ciri istimewa atau luar biasa yang tiada pada stapler lain dan kepada anda yang mengharapkan ia mengeluarkan bunyi, malang sekali ia tidak mampu untuk berbuat demikian.

“Dilengkapi dengan logo dUCk yang terukir dan sarung akrilik, bersiap sedia untuk tetapan kerja yang lebih cantik dan motivasi yang lebih baik di tempat kerja,” jelas kenyataan di laman sesawang itu.

Feedback kurang memuaskan

Malah, ‘feedback’ daripada mereka yang menggunakan stapler itu juga dilihat kurang baik seperti kongsi netizen ini yang menggunakan alatan itu di pejabatnya.

Capture
Seperti kita sedia maklum, tudung keluaran jenama beliau sebelum ini memang terkenal dengan harga yang tinggi berbanding tudung-tudung biasa. Kita juga boleh memahami jika sesuatu aksesori di bawah jenama sama juga dijual dengan harga tinggi berbanding stapler biasa.

Capture2

Tetapi RM80 untuk sebuah stapler bukankah ia terlalu mahal dan jika ia menjadi rebutan seperti barangan streetwear Supreme dan A Bathing Ape sekalipun tidakkah anda merasakan ia masih agak tinggi untuk harga retail?

Sebagai perbandingan, kolaborasi antara jenama streetwear Supreme dan Oreo dalam menghasilkan biskut edisi terhad berwarna merah mereka sebelum ini hanya berharga RM33 sahaja.

Baca perkongsian kami mengenai kolaborasi pelik tapi benar antara Supreme dan Oreo dalam menghasilkan biskut edisi terhad berwarna merah ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Biskut Oreo Antara Kolaborasi ‘Pelik’ Supreme Untuk Koleksi Musim Panas

Kenapa FashionValet Masih Rugi Walaupun Menerima Pelaburan Besar

Vivy Yusof Sah Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Sumber