Hanya tinggal menunggu masa untuk kita melihat pemain yang mempunyai talian dengan Malaysia iaitu Kobe Chong untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Pemain berusia 21 tahun ini kerap kali memberi bayangan beliau berminat untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dan peminat menyambut baik sekiranya beliau diberikan peluang untuk beraksi bersama skuad bimbingan Kim Pan-gon.

Baca Juga:

Menerusi laman media sosial miliknya, Kobe menyatakan musim 2023/24 telah berakhir baginya dan beliau teruja untuk memulakan musim baharu.

Salah seorang pengguna laman X iaitu Adam Shariman kemudiannya berkongsi statistik yang dicipta oleh Kobe sepanjang musim ini.

Secara keseluruhan, Kobe diturunkan dalam kesebelasan utama dalam 17 perlawanan dalam semua kejohanan dan beliau membuat 13 penampilan dari bangku simpanan.

Bekas pemain akademi Cagliari dan West Bromwhich Albion ini menjaringkan 7 gol dan menyumbang 6 assist. Kobe mengumpul minit permainan sebanyak 1597 minit musim lalu.

Statistik ini mungkin terlihat sedikit rendah kerana Kobe banyak berhijrah dengan menyertai kelab di saingan bawahan saingan liga bola sepak England musim ini.

Akan tetapi, statistik ini menunjukkan beliau mampu untuk menjaringkan gol dan membuat bantuan gol meskipun beraksi di bahagian tengah.

Apa yang tinggal ialah Kobe Chong diberikan peluang untuk beraksi bersama skuad B-23 tahun negara ataupun skuad senior bagi membuktikan sama ada beliau mempunyai kualiti yang cukup untuk beraksi bersama Malaysia di peringkat antarabangsa.