Legenda Liverpool, Steven Gerard tanpa berselindung mengakui ‘peristiwa hitam’ yang membuatkan beliau terlepas untuk menjulang trofi English Premier League (EPL) dalam kariernya masih lagi menghantui pemikirannya hingga ke hari ini.

Liverpool hampir menamatkan penantian panjang mereka untuk gelaran liga ke-19 pada saingan EPL 2013/14.

Baca Juga:

Di bawah kendalian Brendan Rodgers yang kelihatan cukup sukar ditandingi, The Reds menampilkan pemain tonggal seperti Steven Gerard, Philippe Coutinho, Luis Suarez dan Raheem Sterling dan

Steven Gerard
Kredit Foto: Foto Olimpik / NurPhoto via AFP)

Pada ketika itu, mereka berada di landasan tepat untuk meraih kejayaan sehinggalah tiga perlawanan terakhir musim, apabila mereka secara tiba-tiba ‘tergelincir’.

Menurut sumber laporan Goal, Gerard mengakui kesilapan dilakukanya hingga menyebabkan Liverpool tewas 0-2 di tangan Chelsea pada 27 April 2014 itu merupakan detik yang sentiasa menghantui dirinya.

Detik Tidak Akan Dilupakan Steven Gerard

Ketika kedua-dua pasukan masih terikat tanpa jaringan di Anfield, Gerard tergelincir ketika menerima hantaran dari Mamadou Sakho yang membolehkan Demba Ba meluru ke depan lalu menyudahkan peluang terhidang pada masa kecederaan babak pertama.

Masih gagal mendapatkan jaringan diharapkan, Chelsea menamatkan sisa perjuangan Livepool dengan gol kedua menerusi Willian untuk menghadiahkan kekalahan buat tuan rumah sekali gus memberikan ruang buat Manchester City merampas kedudukan teratas hasil kemenangan ke atas Crystal Palace.

Steven Gerard
Kredit Foto: PAUL BARKER / AFP

Malah lebih perit untuk diperkatakan, kekalahan itu turut menyaksikan Gerard menamatkan karier sebagai pemain profesional tanpa sebarang kejuaraan EPL.

Melihatkan kepada fakta itu, tidak hairanlah peristiwa hitam tersebut akan sentiasa bermain di minda legenda yang bernama Steven Gerard.

 

Sumber