Kempen Liga Premier STL 2026 bagi Grand Prix (GP) Melaka bermula hari ini dengan aksi menarik ditampilkan barisan pemain pada aksi pertama di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit.

GP Melaka merupakan saingan ketiga dalam kalendar STL 2026 selepas berakhirnya GP Perak dan GP Pulau Pinang.

STL 2026 GP Melaka: Keputusan Penuh Perlawanan Hari Pertama

Kedah Eagles, Negeri Sembilan Antlers, Johor Tigris dan Melaka Titans memulakan kempen mereka dalam STL 2026 GP Pulau Pinang dengan nota cemerlang susulan kemenangan ke atas lawan masing-masing.

GP Melaka Buka Tirai

Kedah Eagles bangkit daripada aksi hambar pada set pertama untuk menundukkan Kelantan Warriors 6-15, 15-8, 15-12 untuk mencerahkan peluang ke suku akhir.

Kemenangan penting dilakarkan itu juga sekali gus berjaya menebus kehampaan Kedah Eagles yang tunduk kepada jlawan sama ketika aksi penentuan tempat ke-3/4 di saingan GP Pulau Pinang tempoh hari.

Naib juara GP Pulau Pinang, Negeri Sembilan Antlers berjaya menyerap tekanan hebat diberikan PDRM Defenders untuk mencatatkan kemenangan 17-16, 13-15, 15-10.

STL 2026 GP Melaka: Keputusan Penuh Perlawanan Hari Pertama

Manakala di sebelah malam pula Johor Tigris tampil garang menundukkan naib juara GP Perak, Kuala Lumpur Thunder dalam aksi ‘straight set’ 15-10, 15-11.

Melaka Titans yang mendapat sorakan padu penyokong sendiri mempamerkan aksi penuh bertenaga untuk menang mudah ke atas Penang Black Panthers 15-10, 15-4.