Tamat perlawanan Negeri Sembilan Antlers menentang Kuala Lumpur Thunder dalam aksi terakhir kumpulan D Sepaktakraw League (STL) 2025 sebentar tadi menyaksikan slot empat pasukan untuk ke separuh akhir bagi Grand Prix (GP) Negeri Sembilan sudah pun terungkai.

Mendapat sokongan padu penyokong setia di Arena N9, Nilai jelas meningkatkan moral barisan pemain Negeri Sembilan Antlers untuk menewaskan dua pasukan gergasi iaitu Melaka Titans dan Kuala Lumpur Thunder.

Baca Juga:

Separuh Akhir
PDRM Defenders

Slot ke separuh akhir daripada kumpulan A diisi Johor Tigris yang cemerlang dalam menewaskan Selangor Pistons dan ATM Guardians.

PDRM Defenders pula dua kali perlu bangkit daripada tewas pada set pertama sewaktu menentang Penang Black Panthers dan Kelantan Warriors untuk sekali lagi menempah tempat ke pusingan empat terbaik itu.

Satu lagi slot diisi oleh Perak Bison yang mengungguli kumpulan C dengan dua kemenangan ke atas Terengganu Turtles dan Bomba Fighters.

Separuh Akhir
Perak Bison

Senarai Pasukan Yang Mara Ke Separuh Akhir GP Negeri Sembilan

1) Johor Tigris

2) PDRM Defenders

3) Perak Bison

4) Negeri Sembilan Antlers

Dengan empat pasukan yang mara ke separuh akhir, ini bermakna juara baru akan dapat disaksikan pada GP Negeri Sembilan selepas juara GP Terengganu, Melaka Titans terpaksa pulang dengan lebih awal.