Kak KM atau Liana Rosli berkongsi rahsia perkahwinannya yang bertahan sehingga 22 tahun.
Menurut Kak KM paling penting seorang suami haruslah dengar cakap isteri mereka, kerana menurutnya isteri tidak pernah salah.
Sikap suami yang beralah dan mendengar cakap isteri, menurutnya akan membolehkan pasangan tersebut mencapai titik keharmornian dalam berumah tangga.
Dipetik dari sumber portal mStar Online, Kak KM menegaskan: “Setiap suami ada karenah mereka tersendiri. Macam saya, sudah 22 tahun usia perkahwinan dan saya kena banyak bersabar [sebagai seorang isteri].
“Lelaki pun sebenarnya kena dengar cakap isteri kalau dia nak panjangkan usia perkahwinan [mereka], sebab isteri tak pernah salah.”
Kak KM menyatakan, apabila suami tidak mahu mendengar cakap isteri mereka, maka di sinilah bermula konflik dan perbalahan.
Dan ia boleh membawa kepada keretakan rumah tangga pasangan tersebut.
Kak KM kemudian menambah: “Apabila suami tak nak dengar cakap isteri, maka bermulalah perbalahan [antara suami isteri].”
Menurut sumber yang sama, Nora Danish juga turut bersetuju dengan pandangan Kak KM dalam hal tersebut.
Nora Danish menyokong Kak KM yang menyatakan isteri tak pernah salah.
“Saya undi kamu, betul! Isteri tak pernah salah,” kata pelakon jelita itu, Nora Danish.
Kak KM merupakan seorang usahawan dan influencer yang seringkali berkongsi kehidupan peribadi dan juga pekerjaan sehariannya dengan netizen.