Sebelum ini heboh cerkita Kak KM yang kehilangan wang tunai sebanyak RM10,000 di dalam begnya ketika di pesawat. Dia menyatakan begnya telah diumpil oleh seseorang. Selain wang tunai dia juga heilangan 3 beg berjenama yang keseluruhan bernilai sekitar RM16,000.

Seorang bekas pramugara, Atif Zul telah tampil memberikan pandangannya. Dia yakin bahawa apa yang berlaku adalah kerana kesilapan Kak KM itu sendiri.

Baca Juga:

Atif merupakan bekas pramugara Air Asia yang sudah dipecat. Jadi dia membuat pengakuan bahawa panadangannya langsung tidak akan berat sebelah memihak kepada Air Asia: “Kerana saya tak sayang pun syarikat itu,” jelas Atif.

Ini kerana berdasarkan penjelasan Kak KM dia sudah membeli tempat duduk di seksyen hot seat tetapi ruang penyimpanan beg di atasnya sudah penuh.

Jadi Atif berpendapat bahawa Kak KM sebenarnya lewat memasuki pesawat. Kerana penumpang hot seat biasanya diberikan akses lebih awal daripada penumpang lain dan mereka akan berpeluang untuk menyimpan beg mereka di atas tempat duduk mereka.

“Penumpang hot seat adalah  penumpang pertama yang dibenarkan masuk ke pesawat. Jadi sepatutnya ruang penyimpanan di atas itu kosong [ketika dia masuk]. ”

“Tetapi berdasarkan cerita kak KM ketika dia naik ke pesawat itu dia melihat sudah tiada tempat menyimpan barang lagi. Bererti dia adalah penumpang yang lewat. Inilah dia penumpang yang lewat yang kita selalu kena tunggu tu kan?”

Namun satu perkara yang penumpang harus tahu, semua penumpang termasuk penumpang hot seat tidak diberikan jaminan mereka akan mendapat hak ke atas ruang penyimpanan di atas tempat duduk mereka.

“Anda cuma dijamin untuk mendapatkan tempat duduk ‘hot seat’, lima tempat duduk barisan hadapan, dan dua barisan tengah yang ada ruang kaki lebih luas. Dan keutamaan untuk masuk ke pesawat lebih awal.”

Atif juga percaya bahawa tuduhan bahawa krew penerbangan adalah orang yang mengumpil beg itu.

Sebaliknya dia mendedahkan realitinya, jenayah mencuri barangan penumpang dalam pesawat sebenarnya sudah lama berlaku dan ianya ada sindiket terancang yang melakukannya.

Lebih lebih lagi beg kabin Kak KM pastinya dari jenama mewah yang menarik perhatian sindiket.

Atif berkata: Saya tak rasa krew (penerbangan) yang buat. Tapi ini adalah sindiket yang sering berlaku.”

Atif menambah: “Pada saya yang salah adalah penumpang sendiri iaitu Kak KM. Barangan anda adalah tanggungjawab sendiri. Lepas ni jadilah lebih bijak ketika melancong.

Kemudian Atif memberikan tips kepada penumpang pesawat yang membawa beg atau barangan mewah di dalamnya. Dia menegaskan, penumpang boleh menyimpan beg mereka di ruang bertentangan agar beg itu sentiasa dalam pandangan mereka.

Berbanding dengan beg yang berada di atas kepala, di mana penumpang tak tahu kalau ada orang yang cuba menyelongkar atau megambilnya.

@atifzul

Replying to @user7jns5qxppw

♬ original sound – Atif Zul – Atif Zul

Sambil menambah, di dalam kapal terbang tidak ada CCTV. Kamera litar tertutup itu cuma ada di bahagian kokpit pesawat.

Rata rata netizen berpuas hati dengan cara Atif menjelaskan situasi itu dan juga tips yang dia berikan. Seorang lagi menyatakan mereka pernah satu penerbangan dengan Kak KM ketika di lapangan terbang Jakarta. Dan beberapa kali panggilan dibuat kerana ada penumpang lewat. Dan mereka melihat Kak KM berlari pecut seperti pelari 100 meter.