Siapa je tak excited bila sebut tentang balik kampung, betul tak?
Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, kali ini RIUH Raya Baik Baik 2026 bawakan terus suasana kampung masuk di tengah-tengah mall tersohor negara, Tun Razak Exchange, TRX.
Inilah masanya anda nak shopping persiapan raya sepuasnya dan dalam masa yang sama support peniaga-peniaga lokal.
Bermula pada 25 Februari 2026 hingga 1 Mac 2026, dari 3 petang sampai 3 pagi, di Raintree Plaza, TRX min difahamkan dekorasi tahun ini gempak.

Bertemakan ‘Kampung Kita’, anda bukan je akan nampak dekorasi kayu atau tikar mengkuang sebaliknya mereka bawakan vibe penuh kampung melayu lama-lama, feeling tu macam jalan dalam filem melayu.
Bayangkan je la rumah kampung jadi entrance, ada tikar mengkuang dan bubu ikan bergantungan serta Hentian Bas Mini sebagai photobooth. Mengimbau kenangan betul.
Itu belum lagi kita cerita tentang lampu-lampu klasik dan pentas “Teratak” vibe rumah Johor. Chef kiss betul!
110 jenama tempatan berkampung- rambang mata

Bagi anda yang belum familiar, Riuh Raya Baik Baik 2026 ni macam one stop centre. Semua benda ada! Nak cari baju raya? Hadiah? Barang rumah? Aksesori? Semuanya ada di sini.

Untuk tahun 2026, ada 73 jenama retail dan 30 brand F&B yang telah di curated khas untuk anda semua. Banyak kan? Rambang mata dibuatnya. Apatah lagi kalau anda jenis suka cari barang rare dan unik dan berseni, sini memang syurga.
Antara jenama fesyen yang sertai Riuh raya Baik Baik termasuk Oh Dayang, BUDI, Innersejuk, The Batik Life, Totomi, Solayce dan banyak lagi. Kiranya apa sahaja yang korang nak cari, tak kisahlah baju raya moden, klasik, kontemporari, nak cari aksesori, barangan keperluan harian, perkakasan rumah, hadiah atau hamper perayaan. Semua ada!
‘Food heaven’ untuk penggemar makanan

Bahagian paling best mestilah makanan. Banyak vendor makanan yang power-power sertai Riuh Raya Baik baik pada tahun ini, antaranya:-
- PakTam CKT – char koay teow padu.
Silomak Mambau – nasi lemak naik sheikh.
Los Tacos & Funchizz.co – kalau craving western/mexican.
Pastribella – cookies & kek raya yang confirm sold out.
Hauslah Avocado – minum pun rasa sihat + kaya.
Min berani jamin, datang lapar. Balik confirm kenyang.
Persembahan Live dari 25 artis termasuk Band Indie

Selain boleh shopping keperluan raya dan makan-makan, di Riuh Raya Baik-Baik 2026, anda juga boleh saksikan persembahan daripada artis popular.
Antara lineup yang terlibat adalah:-
- Indie current wave
Grassroot talents
Cultural performances
Aisha Retno
Ramayan
Couple
Langkasuka
NAKI
Gempak kan senarai artis yang ada. Confirm layan sampai tengah malam pun tak bosan.
Ada banyak bengkel kreatif anda boleh sertai


Ini part paling wholesome. RIUH sediakan 20 aktiviti hands-on untuk anda, rakan dan keluarga cuba.
Berikut adalah senarai aktiviti yang anda boleh sertai di sana.
-
- Anyam ketupat
Kompang workshop
Arabic calligraphy
Sampul raya decorating
Kuih raya workshop
Tote bag painting
Kain styling
Raya scented candle
Traditional games
Photobooth klasik
- Anyam ketupat
Budak kecil suka, orang dewasa lagi suka. Semua aktiviti ni percuma tau. Tak kena bayaran pun. Rugilah kalau anda tak datang, sebab inilah peluang untuk korang luangkan masa dengan insan tersayang.
Kerjasama bersama KWSP – Raya tapi masa depan diutamakan
Tahun ni, RIUH bekerjasama dengan KWSP sebagai rakan strategik. Penyertaan KWSP kali ini adalah untuk menekankan kepentingan kesedaran kewangan dan masa depan. Walaupun tengah seronok, enjoy tapi tapi jangan lupa untuk menyimpan.
Bagi min, elemen ni add nice touch untuk festive event macam ni sebab rare kita nak tengok kerjasama seumpamanya.
Jadi, apa lagi yang anda semua tunggu? Jom ramai-ramai serbu Riuh Raya Baik Baik 2026.
Satu je min nak pesan, kalau anda jenis “eh nantilah aku pergi”, tolong jangan. Event ni jenis lagi awal anda pergi, lagi banyak pilihan dan benda anda boleh explore.
Jadi… Set tarikh siap-siap. RIUH Raya Baik Baik 2026 Memang wajib pergi.
📅 25 Februari 2026 hingga 1 Mac 2026
🕒 3 petang hingga 3 pagi
📍 Raintree Plaza, TRX
Jumpa anda disana!