Restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken kini menjadi perbualan di kalangan netizen selepas BDS mengatakan mereka tidak pernah memasukkannya ke dalam senarai boikot.

Susulan itu, ramai yang mendakwa BDS agak lewat mengeluarkan kenyataan berhubung isu boikot KFC setelah sekian lama menjadi perdebatan sama ada ia berkait dengan Israel atau pun tidak.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

BDS Malaysia tidak pernah sebut nama KFC untuk diboikot

Untuk makluman, BDS Malaysia tidak pernah membuat kempen boikot terhadap KFC. Laman web rasmi dan media sosial BDS Malaysia turut tidak pernah menyebut berkenaan KFC selama ini.

Selama ini, kita menyangka bahawa netizen sedia memboikot KFC kerana dakwaan terpalit dengan isu memberi sumbangan kepada Israel walaupun realitinya bukan sebegitu.

Ini sebab sebenar netizen boikot KFC

Ternyata, rata-rata netizen berkongsi masih memilih untuk memboikot KFC kerana penawaran saiz yang terlalu kecil serta tidak berkualiti dan bukannya disebabkan berkait dengan Israel.

Ramai merungut bahawa harga yang dikenakan untuk set ayam jenama itu tidak berbaloi sama sekali. Perkara ini memang terbukti apabila sudah beberapa kali pelanggan KFC mengadu akan saiz ayamnya yang sangat kecil sehingga ada sebesar pek sos cili sahaja sebelum ini.

Dalam pada itu, ada sebahagian berpendapat ia bukan satu kesalahan untuk memboikot sesuatu jenama jika memang servis dan produk mereka tidak menepati standard yang sepatutnya.

“Masalahnya orang boikot bukan sebab dia pro-israel ke tak, orang boikot sebab ayam KFC kecil pastu mahal. Kualiti ayam pun dah tak macam dulu rasa dia,” ujar seorang netizen.

“Setahu aku orang boikot KFC sebab ayam keci” and tak berbaloi untuk dimakan,” tulis ringkas seorang netizen di platform X.

“Perasan jugak even sebelum boikot pun mmg lama dah tak beli sebab ayam kecik,” kongsi seorang netizen lain.

Bagaimanapun, ada yang meluahkan rasa lega kerana mereka sudah jelas dengan status KFC dan akan memberi sokongan terhadap KFC tempatan.

Inilah masa terbaik buat KFC dalam mendapatkan semula kepercayaan para pelanggan di luar sana dan menjaga kualiti dan saiz ayam yang ditawarkan.

Sumber