Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara Perak FC, Bobie Farid Shamsudin membuat kejutan apabila mengumumkan perletakan jawatan malam tadi.
Keputusan itu diumumkan menerusi laman facebooknya selepas Perak FC tewas 1-2 kepada Kuching City FC pada aksi Liga Super semalam.
Baca Juga:
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Tidak dapat dipastikan punca sebenar keputusan tersebut dibuat namun beliau memaklumkan bahawa sukan bola sepak sukar untuk diperbaiki lagi.
“Dengan rasminya hari ini saya melepaskan jawatan interim CEO Perak FC . Dah lama sangat saya tinggalkan rakan rakan niaga saya. Back to real Work, real People. Bagi saya sukan ini susah nak repair,” katanya menurut hantaran di Facebook.
Pengumuman tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong Perak di laman sosial. Malah, ada juga penyokong bersetuju dengan tindakan beliau melepaskan jawatan itu.
“Terbaik bos buat keputusan tinggalkan perak fc. Daripada menanggung sakit hati org yang suka duk caci maki ni baik berundur tenangkan diri. Orang yang mcm ni susah nak dibendung. Semoga dipermudahkan segala urusan bos,” kata seorang pengguna facebook.
“Setuju bos resign aje.. buat apa nak kekal kat perak fc… berdepan segelintir fans yang tak faham keadaan sebenar..,” kata salah seorang penyokong.
Bobie Farid dilantik sebagai CEO sementara sejak awal 2022 dalam usaha untuk meningkatkan lagi prestasi pasukan Perak FC.
Ketika itu, Perak FC berada di kedudukan kesembilan Liga Super dengan meraih enam mata daripada tujuh perlawanan.