Perebutan pingat emas bola sepak lelaki saingan SUKMA 2026 semakin hampir ke penghujung apabila empat pasukan iaitu Selangor, Johor, Perak dan Pahang akan beraksi pada hari ini.

Selangor mara ke separuh akhir selepas menundukkan Melaka 2-0 pada aksi suku akhir. Johor pula mengecapi kemengan 2-1 ke atas Terengganu hasil jaringan kemenangan Muhammad Daniesh Amiruddin pada minit ke-85.

Perak pula menang 1-0 ke atas Kedah pada aksi yang berlanjutan ke masa tambahan manakala jaringan tunggal Ibrahim Nyass Ilmu Firaz bin Abdul Aziz membawa Pahang ke separuh akhir untuk menundukkan Sabah.

SUKMA 2026: Jadual Aksi Separuh Akhir Bola Sepak Lelaki
Kredit Foto: Perak FA

Keempat-empat pasukan kini hanya selangkah lagi untuk merebut slot ke perlawanan akhir dan memastikan sekurang-kurangnya peluang membawa pulang pingat perak.

Berikut merupakan jadual penuh aksi separuh akhir bola sepak lelaki SUKMA 2026 yang akan berlangsung hari ini:

Bola Sepak
Kredit Foto: Majlis Sukan Negeri Selangor

Separuh Akhir Bola Sepak Lelaki SUKMA 2026

1) Selangor lawan Pahang – 4.00 Petang – Stadium UiTM Shah Alam

2) Johor lawan Perak – 8.30 Petang – Stadium MBPJ