Misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) merupakan gerakan kemanusiaan maritim antarabangsa yang bakal digerakkan pada awal tahun 2026 sebagai kesinambungan kepada misi pertama yang bermula pada pertengahan 2025.
Misi 2.0 ini dijangka lebih besar dengan penyertaan aktivis, tokoh masyarakat dan delegasi daripada lebih 80 buah negara.
Menerusi satu hantaran media sosial Sumud Nusantara, ada empat tenaga kerja dicari sebagai sukarelawan misi kali ini.
“Kami sedang mencari sukarelawan untuk misi kemanusian Sumud Flotilla 2.0. Pendaftaran dibuka bagi posisi mekanik, juruteknik, kapten kapal dan kru kapal berpengalaman,” petik hantaran Sumud Nusantara.
Keempat-empat tenaga kerja itu akan menumpukan kepada usaha memastikan kapal berada dalam keadaan selamat, mematuhi peraturan, dan sedia untuk misi sebelum berlepas, dengan beberapa jawatan akan diteruskan semasa operasi di laut.