Saat ini, boikot produk Thailand oleh Kamboja adalah manifestasi dari ketegangan perbatasan yang memanas.
Oleh itu, Cambodia telah menyekat kemasukan produk Thailand dari darat dan mengakibatkan produk susu segar menjadi kritikal.
Memetik dari Encik Azmi Zainal atau lebih dikenali sebagai boss susu memaklumkan ekoran perseteruaan antara Cambodia dengan Thailand telah membuka peluang kepada mereka untuk menembusi pasaran susu di sana dengan bantuan inisiatif YAB PMX.
“Atas inisiatif YAB PMX sebagai Pengerusi ASEAN, mencadangkan Farm Fresh membekal kan susu segar dengan kadar segera ke Cambodia. Aeon adalah pasaraya yg pertama keluar kan PO pada Farm Fresh atas dasar keyakinan dan hubungan niaga yang telah lama bersama mereka.
“Alhamdulillah kini susu pasteurise Farm Fresh, Aus Fresh, yogurt menjadi pilihan rakyat Cambodia. Sampai je tak sampai seminggu licin… kini Cafe2 dan hotel2 di Cambodia dah mula minta kami supply. Cambodia adalah negara Asean ke 4 selepas Singapore, Brunei dan Filipina,” tulisnya di Facebook.


Tambahnya lagi, dahulu pesaing mendakwa ia sesuatu perkara yang mustahil Malaysia menjadi pengeksport tenusu dek kerana cuaca yang tidak sesuai namun semua tohmahan itu berjaya ditepis dengan kejayaan ini.
Dia sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada PMX dan MITI yang banyak membantu mereliasasikan projek ini.