Sebuah syarikat minyak terkemuka dilaporkan bakal diumumkan sebagai penaja baharu Liga Malaysia dan juga Piala FA musim 2024-2025.
Perkembangan itu didedahkan oleh seorang wartawan tempatan, Haresh Deol menerusi laman X semalam. Menurutnya, satu sidang media rasmi akan diadakan pada 7 Mei 2024 untuk pengumuman penaja baharu.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
Caltex bakal menjadi sponsor baharu untuk Malaysia Football League & Piala FA. Sidang media akan diadakan pada 7 Mei.
— Haresh Deol 🇲🇾 (@HareshDeol) May 2, 2024
Jika benar, ini adalah kali pertama syarikat minyak terlibat dalam kancah bola sepak tempatan dan ia turut disambut baik oleh peminat bola sepak tanah air.
Pada musim 2020, syarikat bank terkemuka, CIMB menjadi penaja utama bagi saingan liga elit tempatan, Liga Super Malaysia, dan juga perlawanan pembuka tirai, Piala Sumbangsih.
Para peminat mengharapkan penajaan syarikat minyak ini menghadirkan sesuatu yang positif sekaligus meningkatkan tahap kompetitif saingan Liga Malaysia.
Bole ni lepas habis season buat All Star XI pastu masing2 suruh pakai jersi Supa Strikas https://t.co/Hg6d2y9Cw1 pic.twitter.com/exPtnHQOMM
— hafeizh (@hafeizh29) May 2, 2024
Good news. This is encouraging.
Harap sebut juga brp jumlah nya. https://t.co/cRN7otNHod
— Nizar Irman Nordin (@ninordin) May 2, 2024
Sebelum ini, terdapat spekulasi mengenai penajaan syarikat minyak untuk sebuah pasukan Liga Super namun ianya hanya khabar angin semata-mata tanpa sebarang pengumuman rasmi.
Malaysian Football League (MFL) setakat ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Grab Malaysia sebagai ‘Rakan e-Hailing & Pasaran Makanan Rasmi’ untuk Liga Malaysia.
Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman peminat bola sepak melalui pelbagai usaha, sama ada secara langsung di padang semasa perlawanan atau di aplikasi Grab, bermula dengan Piala Sultan Haji Ahmad Shah – Perlawanan Sumbangsih pada 10 Mei ini.
Selain itu, Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLM Takaful) turut diumumkan sebagai rakan penaja rasmi Liga Malaysia musim 2024-2025.
Inisiatif ini juga akan meluaskan platform HLM Takaful untuk mempromosikan inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan Rangka Kerja Pengantaraan Berasaskan Nilai untuk Takaful (VBIT) melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan perlawanan bola sepak.