Sebuah Proton Saga dirakam menjadi punca kemalangan selepas kereta tersebut gagal memotong tiga buah kenderaan di hadapannya.
Rakaman video dashcam yang dikongsikan Facebook Nor Aishah Sulaiman itu berlaku pada 3 Januari baru-baru ini, pada jam 6.22 petang.
Baca Juga:
- Konvoi VIP Makan Jalan, Potong ‘Double Line’ Di Selekoh
- Rakaman Lori Treler Potong ‘Double Line’, Laju Di Selekoh Sampai Kemalangan
- Mitsubishi Potong ‘Double Line’, Menyelit Sampai Patah ‘Side Mirror’ Volkswagen
Semasa kejadian kereta Honda Oddssey yang merakam insiden itu terpaksa memperlahankan kenderaan secara mengejut apabila di lorongnya ada Proton Saga berwarna merah sedang memotong.
Oleh kerana kejadian berlaku sekelip mata, Proton Saga berwarna kelabu tidak sempat memperlahankan kereta lalu merempuh Honda Oddssey tersebut.
Menurut Nor Aishah selepas kemalangan berlaku, Proton Saga merah itu berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian.
Difahamkan pada ketika itu pemandu Proton Saga membawa isteri, serta anak-anak. Termasuklah seorang bayi berusia dua bulan.
Ramai warganet mengecam tindakan pemandu Saga merah tersebut yang menjadi punca kemalangan. Pada masa sama ada segelintir menyalahkan Saga kelabu kerana tidak menjaga jarak sehingga melanggar Honda Oddssey.