Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2025 menjadi milik mereka selepas menewaskan Sabah 4-1 pada aksi yang berlangsung di Putatan, sebentar tadi.
Walaupun saingan liga masih berbaki satu perlawanan,pencabar terdekat, Selangor sudah tidak mampu lagi untuk mengejar JDT yang memiliki kelebihan enam mata.
Lebih menarik, skuad kendalian Juan Antonio Miguel Garcia itu cemerlang dengan rekod kemenangan bersih dalam 13 aksi dilalui setakat ini.
JDT bagaimanapun tersentak seawal minit kedua selepas Taufiq Ahmad membuka tirai jaringan hasil gerakan solo dari kawasan sendiri yang kemudiannya berjaya menewaskan penjaga gol, Azrul Hadee Mohd Taufiq.
Corak permainan bertahan yang berdisiplin ditampilkan Sabah bocor juga pada minit ke-18 selepas gerakan solo Bruno Taffy disudahkannya dengan percubaan tonjol untuk kembali menyamakan kedudukan.
Memasuki babak kedua, JDT yang merupakan juara bertahan terus memberikan tekanan dalam usaha mereka untuk menambah jaringan.
Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke- selepas Firdaus Ambiah yang tidak dikawal dalam kawasan D Sabah tidak berdepan berdepan masalah menolak masuk bola hasil hantaran lintang Saad Sani.
Tidak cukup dengan itu, Awalluddin Mat Nawi pula menambah luka Sabah dengan jaringan ketiga pada minit ke-
Ketika Sabah menggunakan taktikal ‘Power Play’ untuk mengurangkan defisit jaringan, Saad mengambil kesempatan itu dengan memastikan kemenangan 4-1 memihak JDT.
Dengan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut dimenangi, tumpuan JDT selepas ini akan beralih ke saingan Piala Futsal Malaysia yang akan diadakan sebaik sahaja tamat kempen liga.