Sehari dua ini tular klip video menunjukkan seorang pengacara TV kekok menyiang seekor ikan semasa menyertai satu cabaran program rancangan TV.

Hal itu telah mengundang pelbagai persepsi netizen, lebih-lebih lagi golongan lelaki yang mendakwa lebih ‘mahir’ menyiang ikan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sehubungan itu, pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Sugeeta Chandran tampil mengulas lanjut video yang tular di media sosial pada ketika ini.

‘Macam Ni Tak Berasaplah Dapur’ – Pengacara TV Kekok Siang Ikan Diperlekeh Segelintir Kaum Lelaki

“Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja,” terangnya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, ketika siaran langsung berkenaan, dia dan rakan pengacara, Syira, dikehendaki melakukan cabaran dalam satu segmen tanpa diberitahu lebih awal oleh penerbit.

“Kalau pernah menonton rancangan WHI, akan ada segmen untuk pengacara dan kita (pengacara) pun tak tahu apa cabaran akan diberikan.

“Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan.

“Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan.

“Tapi sebagai pengacara kita lakukan saja cabaran diberi dan tak sangka pula (video) akan tular kerana biasalah, bila siaran langsung ada yang menjadi, kadang tak reti buat,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau tahu dirinya dikecam selepas video segmen dikendalikannya itu tular namun tidak tertekan dan terlalu memikirkannya.

Beliau dan Syira juga tidak melatah atau memberi respons dengan dengan kata netizen kerana enggan memperbesarkan lagi perkara berkenaan.

“Saya tiada TikTok dan Twitter (merujuk aplikasi X), hanya IG (Instagram) saja dan tahu video itu tular pun selepas diberitahu rakan.

“Saya ada baca beberapa komen cuma yang kurang menyenangkan apabila ada mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami.

“Jadi bagi saya, jangan stereoptaip kerana kalau tak tahu, boleh belajar dan jika ada kelemahan jangan burukkan mereka (wanita),” katanya.

Sementara itu, Syira menganggap apa yang berlaku tempoh hari sebagai warna warni ketika bersiaran secara langsung. Beliau juga tidak mengambil hati dengan kecaman dilemparkan netizen dan mengambilnya daripada sudut positif.

Beliau menjelaskan dirinya tidak terguris dengan kata-kata negatif yang dilemparkan netizen dan mengambil hikmah daripada isu tersebut.

“Semua orang pun ada pengalaman kali pertama dan secara peribadi, saya ambil nasihat diberi serta tak terguris dengan kata negatif.

“Sejujurnya saya beli ikan siap siang di pasar jadi benda itu biasa dan tak sangka sampai satu Malaysia ‘bergaduh’ disebabkan itu.

“Hanya beberapa komen saja yang saya sempat baca sebenarnya dan ramai juga wanita kongsi kali pertama pertama siang (ikan) dan buat di depan mentua jadi saya ambil positif saja kerana baru setahun mengacarakan WHI,” katanya.

Sumber