Bagi penduduk sekitar Taman Melati, pasti anda cukup kenal kedai cendol bersebelahan Masjid Salahuddin Al-Ayubbi yang berdekatan kawasan perumahan flat dan stesen LRT Taman Melati.

Jika dahulu anda tidak perlu menunggu masa yang lama untuk membeli makanan dan minuman dijual di situ, nampaknya kali ini anda perlukan sedikit kesabaran kerana kedai tersebut diserbu ramai pelanggan selepas dipromosikan oleh influencer terkenal, Khairul Aming.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada pukul 6.00 petang, 13 Disember, semalam, Khairul Aming telah memuat naik satu video berdurasi 1 minit 24 saat mengenai Nizam Cendol Goncang, salah satu tempat lepak makan kegemaran influencer itu — katanya setiap minggu beliau akan berada di situ untuk menikmati cendol, mee bandung dan bihun sup.

Menurut Khairul Aming, beliau telah meminta izin kepada ‘Abang Nizam, pemilik kedai cendol itu terlebih dahulu untuk mempromosikan kedai tersebut kepadanya orang ramai.

Abang Nizam berbesar hati dan telah bersiap sedia dengan menambah bilangan pekerjanya sebagai persiapan menerima jumlah pelanggan yang lebih ramai berbanding biasa.

Hari ini, dalam satu hantaran X.com Khairul Aming pada pukul 1.41 petang tadi, beliau memuat naik satu gambar dan video di mana orang ramai beratur panjang memenuhi kedai cendol tersebut.

Kemas kini itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet, ramai yang memujinya kerana membantu menaikkan jualan perniagaan tersebut.

Terdahulu, sebuah gerai dikenali Kaitod Meena yang menjual Nasi Khao Mok Thai di Thailand dipenuhi oleh pelancong Malaysia selepas Khairul Aming mempromosikan kedai itu.

Baru-baru ini juga jenama Ramly turut menerima ‘tempias’ influencer tersebut apabila didapati sesetengah outlet kehabisan stok burger oblong lembu selepas Khairul Aming berkongsi resepi mudah ‘McMing Burger‘ — burger ala Prosperity.