Penyerang Selangor FC, Faisal Halim menjelaskan tidak pernah mempunyai masalah dengan mana-mana pihak apatah lagi memiliki musuh.
Beliau berkata demikian ketika membuat kemunculan buat pertama kali dalam sidang media sejak menjadi mangsa kejadian simbah asid pada 5 Mei lalu.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Faisal juga mengatakan beliau mungkin terpaksa berubah menjadi sombong kerana terlalu baik dengan semua orang.
“Semua orang tahu saya punya watak Faisal Halim macam mana. Saya tak pernah sombong dengan semua orang. Walaupun orang itu dibawah saya ataupun di atas saya.
“Saya melayan semua dengan apa yang saya mampu. Saya selalu senyum apabila jumpa orang. Selalu ceria. Saya ceria dalam sukan. Saya happy happy kan dalam pasukan.
“Saya mungkin merasakan selepas ini saya perlu berubah untuk menjadi sombong kalau itu yang terbaik untuk diri saya. Sebab saya terlalu baik dengan semua orang.
“Tak tahu saya ada musuh ataupun tidak sebab saya tak pernah buat masalah dengan orang. Saya tak tahu yang ke depan ni saya perlu ubah saya punya kereta ataupun kekalkan saya punya karakter.
“Tetapi apa-apa pun saya nak sihat dan bermain bola. Itu saja,” jelas Faisal Halim kepada pihak media.
Pemain sayap skuad Harimau Malaya itu telah menjalani empat pembedahan untuk merawat luka kelecurannya itu sebelum dibenarkan keluar dari hospital pada 25 Mei lalu.
Selepas ini, Faisal menjalani proses pemulihan di lokasi yang dirahsiakan selain kawalan ketat bagi memastikan keselamatannya.
Doktor menjangkakan proses pemulihannya akan memakan masa selama enam bulan sebelum dibenarkan kembali menjalani latihan bersama pasukan.