Pengurus Jepun, Hajime Moriyasu bersama barisan kejurulatihannya menggunakan taktik luar biasa iaitu ‘taktik penjagaan masa’ ketika aksi pembukaan Piala Dunia 2026 menentang Netherlands awa; pagi tadi dan strategi itu ternyata membuahkan hasil.
Jaringan penyamaan pada minit ke-88 oleh Daichi Kamada menghadiahkan Jepun keputusan seri 2-2 menentang pasukan kendalian Ronald Koeman dalam salah satu perlawanan paling menghiburkan setakat ini pada kejohanan Piala Dunia musim panas ini.
Belanda membuka jaringan di Dallas menerusi tandukan padu Virgil van Dijk yang menerjah penjuru gawang pada minit ke-51.
Namun, semangat juang tinggi Jepun menyaksikan mereka berjaya menyamakan kedudukan tidak lama kemudian menerusi jaringan Keito Nakamura.
Perlawanan berlangsung sengit dan saling berbalas serangan sepanjang 30 minit terakhir, malah jaringan Crysencio Summerville yang meletakkan Belanda di depan 2-1 dilihat seakan-akan cukup untuk menghadiahkan kemenangan buat Oranje.
🚨 MUITO FODA
Treinador do Japão usa um mini quadro pra avisar o time qual tática usar
E se tem até o número 45 quantas “ jogadas ensaiadas” esses caras tem? pic.twitter.com/RnWzQzNZ9c
— Peuzada (@peuzadaff) June 15, 2026
Bagaimanapun, gol Daichi Kamada yang terkena benteng pertahanan lawan dan berubah arah dua minit sebelum tamat waktu sebenar memastikan Jepun meraih satu mata yang sememangnya layak mereka peroleh.
‘Bantuan Papan Putih’ Hajime Moriyasu Curi Tumpuan
Salah satu perkara yang menjadi tumpuan dalam perlawanan di Stadium Dallas ialah tindakan barisan kejurulatihan Jepun yang mengangkat papan putih memaparkan baki masa permainan kepada pemain mereka di atas padang.
Bermula dengan angka tiga dan berakhir dengan satu, nombor-nombor tersebut ditulis pada papan putih bagi memberi suntikan semangat terakhir kepada pasukan kendalian Hajime Moriyasu.
Malah, Hajime Moriyasu turut mengangkat papan bertulis angka 45 menjelang penghujung babak pertama sebagai peringatan mengenai baki masa permainan.
Jelas sekali, taktik itu membuahkan hasil apabila Daichi Kamada berjaya menjaringkan gol penyamaan pada saat-saat akhir perlawanan.
Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, ternyata terhibur dengan kaedah luar biasa itu.
“Saya rasa cara mereka mengurus masa memang bagus,” katanya menurut sumber laporan Sport Bible.
“Cuma saya berharap ada sesuatu pada papan itu yang menyuruh mereka supaya lebih berani dan bermain dengan lebih agresif. Saya tahu kemampuan yang mereka miliki,” tambahnya.
Bagaimanapun, bekas pertahanan Manchester United, Gary Neville, tidak begitu yakin dengan taktik tersebut.
“Tidak, tidak, tidak. Itu bukan taktik yang pernah saya gunakan,” katanya sambil ketawa. “Apabila saya nampak nombor enam dinaikkan, saya ingat itu jumlah gol yang kami bolosi.”